Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kedai buku shopee

Buku Teks Dan Buku Kerja Fizikal Kini Boleh Dibeli Melalui Kedai Buku Shopee

Diterbitkan Februari 3, 2021 oleh Amalina Athman

Berikutan keadaan pandemik COVID-19, para pelajar mula menjalani Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Bagi memudahkan akses buku teks, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memaklumkan pelajar boleh mendapatkan buku teks digital yang diperlukan melalui portal textbook.moe.gov.my.

Bagaimanapun, ada pihak tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan atas inisiatif yang disediakan di mana mereka mula menjual semula buku teks digital melalui Shopee.

Kini, bagi memenuhi keperluan ibu bapa atau para pelajar untuk mendapatkan buku teks serta buku kerja fizikal, Shopee dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) telah mewujudkan inisiatif Kedai Buku Shopee.

Bagi mereka yang mencari buku teks dan buku kerja fizikal di Shopee, buku-buku tersebut boleh didapati melaluiĀ  https://shopee.com.my/kedaibukushopee. Kod baucar “KEDAIBUKU10” juga boleh digunakan untuk mendaoatkan pulangan tunai Syiling Shopee sebanyak 20%.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY