Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Budak 11 Tahun Mencipta Peranti Yang Boleh Mengesan Plumbum Di Dalam Air

Budak 11 Tahun Mencipta Peranti Yang Boleh Mengesan Plumbum Di Dalam Air

Diterbitkan Julai 14, 2017 oleh Wiser MY

Gitanjali Rao merupakan seorang budak sekolah pertengahan Brentwood di Tennessee, Amerika Syarikat yang sedang bertanding untuk menjadi Saintis Muda Amerika dengan alat yang dipanggil Tethys.

Peranti tersebut boleh menguji kualiti air menggunakan tube karbon nano dan boleh mengubah cara bagaimana air diuji pada masa hadapan.

Ciptaan sebegini boleh membantu manusia dalam menghadapi krisis kimia yang dihadapi di Flint, Michigan dimana sistem air di sana tercemar dengan bahan plumbum.

Proses yang sebelum ini yang rumit kerana melibatkan alat makmal yang mahal boleh menjimatkan kos bagi pihak berkuasa bagi membendung pencemaran air.

Rao yang mendapat ilham kepada projek itu setelah membaca bahan di laman sesawang Massachusetts Institute of Technology.

Dia yang belajar mengenai teknologi terbaru tentang teknologi nano telah mencipta aplikasi praktikal terbaru dari penemuannya itu.

Alat itu yang menggabungkan papan Arduino dan disambungkan ke telefon pintar menggunakan teknologi Bluetooth.

Pada bulan Oktober, Rao akan ke ibu pejabat 3M di Maplewood, Minnesota dan akan bersaing dengan finalis lain bagi merebut gelaran Saintis Muda Terbaik Amerika dan hadiah wang tunai melebihi RM 100,000.00

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY