Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buat Pembayaran Visa Dengan Hanya Menggunakan Kaca Mata

Buat Pembayaran Visa Dengan Hanya Menggunakan Kaca Mata

Diterbitkan Mac 15, 2017 · Dikemas kini Mac 15, 2017 oleh Helmi Samsuri

Jika selalu anda mendengar bayaran dibuat melalui kad atau aplikasi dalam telefon tetapi kali ini menerusi kaca mata?

Tidak lama lagi mungkin cara anda membayar barangan yang dibeli akan berubah.

Pada Persidangan dan Festival SXSW yang mula berlangsung Isnin yang lepas, Visa telah memperlihatkan prototaip kaca mata yang boleh melakukan pembayaran.

Pada bingkai kaca mata tersebut diletakkan satu cip NFC yang bersambung dengan akaun Visa pengguna.

Kebiasaan bagi pemegang akaun Visa, mereka membuat bayaran melalui sentuhan kad ataupun menekan nombor pin tetapi kali ini, Visa mahu tampil dengan cara yang agak bergaya pula.

Sesuai dengan tagline ” dimana-mana jua yang anda mahukan”, ujar Chris Curtin merangkap Ketua Jenama dan Inovasi syarikat berkenaan.

Beliau turut menambah, syarikat itu ingin menjadikan pembayaran boleh dibuat menerusi apa-apa alat yang anda tidak jangka seperti kaca mata dan mungkin cincin.

Ia berpotensi untuk diketengahkan di pasaran.

Untuk makluman semua, kaca mata ini baru memasuki peringkat percubaan serta ujikaji dan masih belum ditawarkan ke pasaran.

Langkah ujian yang diambil Visa dilihat sebagai percubaan untuk “memancing” jenama besar ataupun bank dalam menaja pengeluaran teknologi kaca mata tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY