Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Barcode scanner

Buang Segera Aplikasi Pengimbas Kod QR Ini Dari Peranti Android Anda

Diterbitkan Februari 9, 2021 · Dikemas kini Februari 9, 2021 oleh Amalina Athman

Google kini dilaporkan telah membuang aplikasi pengimbas kod QR popular pada peranti Android. Dengan lebih 10 juta muat turun, Barcode Scanner dikeluarkan dari Play Store selepas penyelidik mendapati ia menjadi perisian hasad setelah dikemas kini pada Disember 2020.

Dibangunkan oleh LavaBird LTD, Barcode Scanner membolehkan pengguna untuk mengimbas kod QR dan kod bar. Bagaimanapun, baru-baru ini laporan dari Malwarebytes mendapati bahawa aplikasi itu telah dikemas kini dengan memasukkan kod “Android / Trojan.HiddenAds.AdQR” yang akan membawa pengguna ke laman iklan pihak ketiga pada pelayar peranti.

Barcode scanner
Barcode scanner

Dengan memasukkan perisian hasad tersebut, ia dipercayai digunakan untuk memperoleh keuntungan daripada iklan.

Setelah menyedari perkara tersebut, Google telah pun membuang aplikasi Barcode Scanner dari Play Store. Walaupun begitu, peranti Android yang telah memasang aplikasi ini mungkin akan terus menerima paparan iklan dan sebagainya. Dengan itu, pengguna yang telah memasang Barcode Scanner disarankan untuk segera nyahpasang aplikasi tersebut dari peranti anda.

Sumber: Malwarebytes via Android Central

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY