Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION

ASUS Mohon Maaf Isu Salah Ejaan Pada Papan Induk ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION

Diterbitkan November 16, 2023 · Dikemas kini November 16, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS telah melancarkan papan induk premium bertemakan anime Neon Genesis Evangelion pada September lalu yang dijual pada harga USD699 (~RM3297).

Papan induk itu dicetak dengan reka bentuk tersuai yang bertemakan salah satu watak yang paling popular dalam anime itu, Asuka Langley Soryu dan mekanismenya.

Walaubagaimanapun, papan litar utama itu didapati secara tidak sengaja mengalami isu salah ejaan pada cetakan ejaan Evangelion yang dieja sebagai “Evangenlion”

ASUS ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION
ASUS ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION

Ekoran itu, ASUS telah mengeluarkan kenyataan media rasmi memohon maaf atas kesilapan tersebut.

“Baru-baru ini kami telah menerima laporan insiden tentang papan induk ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION mengenai kesalahan ejaan perkataan “Evangelion” pada bahagian hiasan yang terletak di sebelah kiri produk. Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kesulitan yang mungkin timbul.” ASUS.

ASUS memaklumkan, kesilapan cetakan itu adalah estetik semata-mata dan tidak menjejaskan sebarang fungsi atau prestasi.

ASUS ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION

Namun begitu, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menyelesaikan isu ini, mereka menawarkan tambahan jaminan selama satu tahun dan melaksanakan program penggantian.

ASUS akan menyediakan bahagian hiasan yang diperbetulkan yang boleh digunakan oleh pengguna untuk menggantikan bahagian yang disalah cetak.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ROG Ally - Jentera 'Gaming' Mudah Alih Power Tapi Belum Sempurna
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • AMD Menguasakan Komputer Paling Berkuasa Di Dunia

Sumber: ASUS

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY