Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kkm 2

KKM Perjelas “Penyakit X”, Elakkan Bimbang Berlebihan

Diterbitkan Oktober 5, 2023 oleh ariff bukhari

Ekoran daripada tumpuan banyak pihak kepada “Penyakit X” di platform media sosial, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan, Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018 dahulu.

Penyakit X merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, tapi berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

KKM menyatakan, ciri-ciri Penyakit X masih belum dikenal pasti dan waktu berlakunya penyakit ini juga masih belum diketahui.

Tetapi pakar-pakar kesihatan menyuarakan kebimbangannya di mana ia dijangka akan mudah tersebar dan mungkin mengancam nyawa.

Penularan Penyakit X boleh berasal dari pelbagai sumber termasuklah jangkitan dari haiwan kepada manusia.

KKM berkata, mereka sentiasa bersiapsiaga dan berwaspada terhadap kemungkinan kemunculan Penyakit X seperti COVID-19, virus Nipah dan SARS.

Namun begitu, KKM menasihatkan orang ramai untuk elakkan kebimbangan berlebihan terhadap kemungkinan berlakunya Penyakit X.

Baru-baru ini, kecoh tentang satu kandungan berita tidak benar yang telah tular di aplikasi TikTok berkaitan dakwaan kononnya para jururawat di Malaysia akan disuntik dengan vaksin ‘Virus X’.

Sehubungan itu, KKM memaklumkan bahawa sebaran maklumat tersebut tidak tepat dan tidak bertanggungjawab.

Berkaitan

  • Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma
  • Anda Pelanggan Unifi? Ini Cara Semak Kelayakan Naik Taraf Kelajuan Percuma
  • CelcomDigi & Boost Lancar Kad Prabayar Debit BNPL Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Sumber: KKM, KKM 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY