Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
i (2)

Boleh Jet Pejuang F-35 Digodam? Pakar Memberi Amaran Ancaman Siber Boleh Membahayakan Populasi Penduduk Dunia

Diterbitkan Mei 21, 2017 · Dikemas kini Mei 21, 2017 oleh Wiser MY

Salah satu pesawat canggih di dunia, F-35 terdedah dengan ancaman godam selepas diberitahu oleh pakar siber Israel di persidangan siber di Jerusalem.

Walaupun ini bukan kali pertama keupayaan F-35 untuk bertidak balas dengan ancaman siber dipersoalkan.

Dengan kejadian serangan siber ransomware yang berlaku baru-baru ini, para pemerhati dunia keselamatan mula mempersoalkan jika aset-aset ketenteraan ini boleh dieksploitasi oleh penggodam.

F-35 dikawal oleh sistem sokongan dan penyelenggaraan kompleks Lockheed yang dikenali sebagai ALIS (Autonomic Information System).

Pakar merumuskan yang ALIS telah diberi kuasa yang terlalu besar dan kadang-kala campur tangan manusia tidak dapat mengawalnya.

Pengarah Siber Sistem IMI, Mejar  Oren Bratt berkata yang penggodam boleh menggunakan kelemahan di dalam sistem ini dan mengambil alih kawalan menyebabkan juruterbang tidak lagi mempunyai kawalan langsung.

Untuk mengelakkan perkara seperti ini, fungsi perkakasan mestilah masih boleh digunakan sekiranya perisian kawalan sudah terjejas.

Untuk mencapai ini, perubahan perisian tidaklah mencukupi.

Dari permulaan reka bentuk perkakasan itu sendiri, sistem keselamatan juga perlu dititikberatkan.

Bratt memberitahu yang F-35 sekarang sedang dinaik taraf sistem keselamatan mereka tetapi tidak mendedahkan butiran penuh.

Serangan siber baru-baru ini mengejutkan dunia dan beberapa pakar keselamatan telah memberi amaran yang aset pertahanan boleh disasarkan oleh penggodam pada masa hadapan termasuk mengawal armada seperti F-35 dan kod akses nuklear.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY