Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 slim rumors_1

Ura-Ura: iPhone 17 ‘Slim’ Akan Dilengkapi Kamera Belakang Tunggal

Diterbitkan Julai 25, 2024 oleh Amalina Athman

Penganalisis Ming-Chi Kuo kini berkongsi butiran baharu mengenai “iPhone 17 Slim” yang akan dilancarkan tahun depan.

Kuo menjangkakan peranti itu akan dilengkapi kamera belakang tunggal, paparan 6.6-inci dengan Dynamic Island yang sama seperti model iPhone semasa, cip A19 standard, serta cip 5G rekaan Apple.

Selain itu, ia juga dijangka akan mempunyai bingkai logam aloi titanium-aluminium, tetapi dengan peratusan titanium yang lebih rendah daripada yang digunakan untuk model iPhone 15 Pro.

Penganalisis itu menambah walaupun tiada iPhone 17 Plus, model ultra-nipis baharu itu tidak diletakkan sebagai pengganti model berkenaan. Sebaliknya, Kuo berkata peranti itu akan menjadi model serba baharu, dengan memfokuskan kepada reka bentuk berbanding spesifikasi perkakasan.

Bagaimanapun, konteks yang perlu diingat ialah siri iPhone 17 masih mempunyai tempoh sekurang-kurangnya 14 bulan sebelum ia dilancarkan. Dengan itu, masih terdapat pelbagai kemungkinan dan perubahan boleh berlaku.

Berkaitan

  • Kuo: iPhone 17 Akan Terima Naik Taraf Kamera Swafoto
  • Ura-Ura: iPhone 17 Akan Dilengkapi Panel Anti-Pantulan Lebih Tahan Calar
  • iPhone 17 'Slim' Dijangka Tampil Dengan Posisi Kamera Berbeza

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY