Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri apple intelligence

Siri Dengan Sokongan Apple Intelligence Mungkin Tiba Lebih Awal Dari Jangkaan

Diterbitkan September 23, 2024 ยท Dikemas kini September 23, 2024 oleh Amalina Athman

Siri baharu yang dikuasakan oleh Apple Intelligence, mungkin akan dikeluarkan kepada pengguna lebih awal daripada jangkaan.

Dalam Power On terbaru Mark Gurman, ia mendedahkan beberapa ciri Siri baharu mungkin dikeluarkan dalam iOS 18.3, berbanding iOS 18.4 yang dijangkakan sebelum ini.

Kemas kini iOS 18 terbesar selepas iOS 18.1 ialah iOS 18.4, yang akan menyertakan banyak ciri Siri baharu (ada yang dipertimbangkan untuk iOS 18.3, saya diberitahu).

Gurman juga memberikan beberapa butiran tambahan mengenai garis masa pembangunan dan tarikh jangkaan keluaran iOS 18 yang lain, seperti berikut:

  • iOS 18.1, yang mana akan menyokong Apple Intelligence, dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan Oktober.
  • iOS 18.2 – termasuk ciri seperti Genmoji, integrasi ChatGPT dan aplikasi Image Playground, sepatutnya siap secara dalaman pada awal November dan dikeluarkan Disember.
  • iOS 18.3 – dijangka selesai akhir tahun dan dikeluarkan pada Januari.
  • iOS 18.4, yang akan memperkenal sejumlah ciri Siri baharu, dijangka selesai awal Februari dan lancar seawal Mac.

Pelancaran Apple Intelligence secara berperingkat ini mungkin “menguji kesabaran” sebilangan pengguna. Walaupun bukan sesuatu yang luar biasa bagi Apple untuk menangguhkan pengeluaran ciri baharu, Gurman berkata skala kelewatan tahun ini tidak pernah berlaku sebelumnya.

Tambahan pula, Apple menjadikan ciri yang masih tidak tersedia sebagai titik jualan utama untuk iPhone baharu.

Berkaitan

  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Bloomberg

Rujukan: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY