Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
black shark 5

Black Shark 5 Guna Snapdragon 8 Gen 1, Dilancar 30 Mac Ini

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh Faiz Munir

CEO Black Shark, Luo Yuzhou sebentar tadi telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri Black Shark 5. Kenyataan ini telah dikongsikan di laman Weibo yang menunjukkan maklumat hari pelancaran yang akan diadakan pada 30 Mac ini jam 7 malam.

Seperti kebiasaannya, Black Shark akan melancarkan 2 model telefon iaitu varian Pro dan varian biasa dan akan dijana dengan Snapdragon 8 Gen 1. Sebelum ini, kami juga ada melaporkan bahawa kedua-dua peranti ini telah menerima penarafan 3C dan akan menyokong pengecasan pantas sehingga 120W.

Black shark 5 launch

Menurut @Digital Chat Station, Black Shark 5 akan menggunakan skrin 6.67 inci AMOLED, dijana Snapdragon 870 dengan memori 12GB RAM. 64MP kamera utama dan 13MP kamera swafoto. Bateri yang dimuatkan adalah 4,650mAh dengan penyecasan pantas 120W.

Pada Black Shark 5 Pro pula, masih mengekalkan saiz skrin yang sama iaitu 6.67 inci AMOLED yang dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1 dengan memori sehingga 16GB RAM. Lensa utama lebih besar iaitu 108MP tetapi kamera swafoto masih sama iaitu 13MP. Kapasiti bateri juga sama iaitu 4,650mAh dengan pengecasan pantas 120W.

black shark 5 snapdragon 8 gen 1

Untuk tahu apa lagi yang ciri dan fungsi menarik yang akan dibawakan oleh Black Shark, kita nantikan sahaja hari pelancarannya nanti.

Sumber: Weibo Black Shark

Baca juga:

  • Nothing Phone (1) Diumum – Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Revolusi Atau Tunggang Legasi? Nothing Dibuai ‘Hype’ OnePlus
  • iPhone 15 Mungkin Model Pertama Dengan Kamera Bawah Skrin, Tiada Lagi Takuk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY