Black Shark 5 dan 5 Pro Akan Tiba Tidak Lama Lagi, Sokong Pengecasan Pantas 120W

Siri Black Shark 5 kini dilihat berlegar-legar di pengkalan data pengesahan China. Ini menandakan bahawa model ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Terbaharu, kedua-dua model ini memerima kelulusan pengecasan pantas daripada  laman pengesahan 3C China. Black Shark 5 (PAR-A0) dan Black Shark 5 Pro (KTUS-A0) didedahkan akan menyokong pengecasan pantas 120W.



Khabar angin lain mengenai spesifikasi Black Shark 5 ini adalah ia menggunakan skrin 6.67 inci AMOLED FHD+, pengimbas cap jari bawah skrin, dikuasakan cip Snapdragon siri 8 3.2GHz. Hadir dengan 2 varian RAM iaitu 8/12GB, storan 128/256GB, kapasiti bateri 4650mAh dengan pengecasan pantas 120W. Menggunakan sistem 3 kamera, 64MP kamera utama dan 13MP kamera swafoto.

Siri Black Shark 5 ini juga dikatakan hadir dengan 4 pilihan warna iaitu White, Dawn White, Dark Universe Black dan Exploration Gray.

Black Shark 5 Pro pula dijangka menggunakan skrin seperti model biasa iaitu 6.67 inci AMOLED FHD+, pengimbas cap jari bawah skrin. Dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1, 8/12/16GB RAM dan storan 256/512GB. Saiz bateri juga sama iaitu 4650mAh dengan pengecasan pantas 120W. Juga menggunakan sistem 3 kamera, 108MP kamera utama.

Buat masa ini, itu sahaja khabar angin untuk 2 model Black Shark 5 ini. Kita akan dengar lebih banyak bila model ini semakin dekat dengan hari pelancarannya nanti.

Sumber: Gizmochina

Baca juga: