Black Shark Malaysia sebentar tadi telah merasmikan kedua-dua peranti baharu mereka dalam siri Black Shark 5 untuk pasaran tempatan.
Antara ciri menarik pada telefon gaming ini ialah menggunakan cip Snapdragon, pengecasan pantas Hyper Charge 120W, penyejukan Anti-G Dual VC dan Magnetic Pop-Up Triggers.
Black Shark 5 Pro didapati dalam dua varian:
- 12GB + 256GB – RM3,699
- 16GB + 256GB – RM3,999
Black Shark 5 pula boleh didapati dalam dua varian juga:
- 8GB + 128GB – RM2,299
- 12B + 256GB – RM2,699
Kedua-dua model ini mula dijual hari ini, 8 Jun melalui dalam talian melalui 3 saluran iaitu Lazada, Shopee dan TikTok Shop (9 Jun).
Black Shark 5 Pro menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 manakala Black Shark 5 dijana Snapdragon 870.
Antara perbezaan Black Shark 5 Pro versi China dan global ialah dari segi sokongan bandwidth, ketersediaan Google Mobile Services dan jaminan pengedar rasmi.
Skrinnya mengguna AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan nisbah 20:9 dan kadar segar 144Hz.
Dengan sokongan rangkaian, ia juga akan menyokong 5G tempatan yang dibekalkan DNB.
Bagi kamera belakang, tiga lensanya terdiri daripada 108MP (versi Pro) dan 64MP (versi biasa), 13MP dan 5MP. Sensor 16MP dihadapan pula untuk swafoto.
Pelbagai hadiah menarik ditawarkan untuk setiap pembelian seperti BS Lucifer T2, tawaran bundle, cabutan bertuah dan lain-lain.
Klik pada pautan di bawah untuk beli:
Black Shark 5 Pro
- Lazada – https://invol.co/clb405r
- Shopee – https://invol.co/clb408i
Black Shark 5
- Lazada – https://invol.co/clb405g
- Shopee – https://invol.co/clb407a
Baca juga: