Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung

Samsung Hadap Saman, Guna Teknologi Bateri Telefon Pintar Tanpa Izin

Posted on Jun 8, 2022

Samsung dilaporkan mungkin terlibat dalam satu lagi kes saman kerana pelanggaran paten teknologi bateri.

Syarikat pelesenan paten, K.Mizra LLC, memfailkan saman terhadap Samsung baru-baru ini, mendakwa bahawa syarikat teknologi dari Korea itu telah mengambil teknologi bateri telefon pintar yang pada asalnya dibangunkan oleh institut penyelidikan Belanda “Nederlandse Organisatie Voor Togepast Natuurwetenschappelijk Onderzoe.”

Teknologi yang dimaksudkan ialah algoritma yang boleh menentukan berapa lama hayat bateri yang tinggal pada peranti mudah alih, seperti telefon pintar Galaxy.

Menurut AndroidCentral, ramalan ini adalah berdasarkan algoritma yang menganalisis tingkah laku pengguna.

Membangunkan sistem yang kompleks dan tepat tentunya memerlukan masa dan sumber.

K.Mizra LLC mendakwa bahawa Samsung telah menggunakan algoritma ini dalam peranti berkuasa Androidnya tanpa kebenaran dan melanggar paten asal.

Tuntutan pelanggaran paten ini melibatkan versi OS Android yang lebih lama dan mungkin OEM mudah alih yang lain.

Walaupun tidak jelas versi yang mana, namun menarik untuk melihat tuduhan pelanggaran paten ini melibatkan OS Android yang lebih lama.

Walaupun tuntutan ini menyasarkan Samsung, ia juga meliputi teknologi dalam OS Android dan bukannya perisian Samsung.

Maka, OEM Android lain, termasuk Google dan Xiaomi, yang mungkin menggunakan teknologi yang sama, boleh menghadapi akibat yang sama.

Sumber: AndroidCentral, K.Mizra

Baca juga:

  • Samsung Lancar Siri TV Neo QLED 8K 2022, Harga Saing-Saing Myvi
  • Samsung Display Menamatkan Pengeluaran Paparan LCD Jun Ini
  • Foto Gergasi Ini Dirakam Dari Sensor Kamera Samsung 200MP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress