Telegram Akan Kenakan Caj? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Telegram Premium

Telegram sedia menjadi kegemaran pengguna seluruh dunia disebabkan ia kaya dengan fungsi yang tidal ada pada WhatsApp.

Namun, sampai bila nak buat 'kebajikan' dengan bagi 'barang free' kan?

Ura-ura berkenaan Telegram Premium iaitu versi langganan bulanan kini semakin meriah dengan pelbagai ciri tertiris.



Jangan khuatir kerana versi percuma yang tersedia sekarang akan terus dapat dinikmati pengguna.

Ini antara yang baharu dalam Telegram Premium:



  • Anda boleh sertai atau cipta:

    • 1000 saluran,

    • 20 folder chat

    • Pin 10 perbualan

    • 4 akaun dalam satu aplikasi

    • 200 pin dalam satu folder

    • 20 pautan umum (saluran dan kumpulan)

    • 10 pelekat kegemaran dan 4000 GIF.



  • Muat naik fail sebesar 4GB.

    • Telegram waktu ini benarkan fail sebesar 2GB.



  • Lebih banyak simbol dalam bio.

    • Sokong hingga 140 aksara berbanding 70 aksara sekarang.



  • Lebih banyak aksara dalam kapsyem gambar dan video.

  • Suara ke teks.

    • Aplikasi akan ubah percakapan ke teks dengan automatik.



  • Kelajuan muat turun tanpa had.

    • Tiada lagi kelajuan maksimum ditetapkan.



  • Tanpa iklan.

  • 'Reactions' yang baru, beranimasi.

    • Versi percuma sekarang terhad pada 16 animasi, tapi pelanggan Premium akan mendapat lebih.



  • Pelekat premium yang ada kemas kini bulanan.

    • Ia termasuk pelekat dengan kesan skrin penuh (full screen effect).



  • Pengurusan perbualan yang dinaik taraf.

    • Kebolehan tetapkan folder lalai (default), arkib secara automatik, sembunyikan perbualan daripada individu yang bukan dalam senarai kenalan.



  • Lencana profil.

    • Lencana bintang (badge) pada nama anda menunjukkan anda pelanggan Premium.



  • Gambar profil beranimasi.

    • Avatar bergerak bukan saja apabila ditekan tapi juga dalam perbualan.



  • Ikon premium.

    • Anda boleh pilih ikon tersedia yang berbeza daripada Telegram biasa.




Harga langganannya pula dikatakan $4.99 sebulan bersamaan RM22. Namun, masih belum diketahui bilakah ia akan dilancarkan walaupun ada menjangka dalam masa terdekat,

Berkenaan storan pula, Telegram dikatakan tidak akan kenakan had, hanya had satu-satu fail untuk muat naik sahaja terbatas pada 2GB.

Jadi, mereka yang menjadikan Telegram sebagai storan awan menggantikan Google Drive dan sebagainya masih terus memanfaatkan versi percuma.

Dengan ciri-ciri baharu dan tambah baik di atas, akan ada juga ciri di Telegram percuma akan diturun taraf demi memberi kelebihan pada pengguna Premium.

Sumber: Telegram Info

Baca juga: