Black Shark 5 Dan 5 Pro Sah Untuk Pasaran Malaysia Bulan Depan

Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro telah disahkan jualannya untuk pasaran Malaysia.

Acara pelancarannya akan berlangsung pada 8 Jun 2022.



Black Shark 5 dijana Snapdragon 870, dua pilihan RAM dan storan iaitu 8GB+128GB dan 12GB+256GB.

Black Shark 5 Pro menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 dengan pilihan RAM 12GB atau 16GB tetapi storan terhad 256GB.



Antara perbezaan Black Shark 5 Pro versi China dan global ialah dari segi sokongan bandwidth, ketersediaan Google Mobile Services dan jaminan pengedar rasmi.

Skrinnya mengguna AMOLED bersaiz 6,67 inci dengan nisbah 20:9 dan kadar segar 144Hz.



Dengan sokongan rangkaian, ia juga akan menyokong 5G tempatan yang dibekalkan DNB.

Bagi kamera belakang, tiga lensanya terdiri daripada 108MP (versi Pro) dan 64MP (versi biasa), 13MP dan 5MP. Sensor 16MP dihadapan pula untuk swafoto.



Untuk pengecasan, ia hadir dengan pengecas 120W di dalam kotak bagi mengecas bateri 4,650mAh padanya.

Buat masa ini, harganya masih belum didedahkan.