Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
black shark 3

Black Shark 3S Dijangka Hadir Dengan Cip Pemproses Snapdragon 865+

Diterbitkan Julai 23, 2020 ยท Dikemas kini Julai 23, 2020 oleh Amalina Athman

Semalam, dua telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 865+ telah dilancarkan. Dua peranti yang dimaksudkan adalah peranti gaming ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel. Kini, Black Shark 3S dijangka akan hadir dengan cip pemproses terbaru itu.

CEO Black Shark, Luo Yuzhou telah memuatnaik satu kiriman di Weibo yang memberikan tanda-tanda ia akan dikuasakan dengan cip pemproses terbaru. Kiriman tersebut juga telah dikongsi oleh akaun rasmi Black Shark di Weibo.

Black Shark 3S Dijangka Hadir Dengan Cip Pemproses Snapdragon 865+

Menariknya, kiriman yang dimuat naik itu menggunakan Black Shark 3S yang belum dilancarkan. Berdasarkan kiriman itu, diijangkakan beliau mungkin akan mengumumkan ‘sesuatu’ yang berkaitan peranti itu tidak lama lagi.

Spekulasi sebelum ini telah menyatakan ia akan didatangkan dengan cip pemproses Snapdragon 865+ seperti kedua peranti gaming yang dilancarkan semalam. Bagaimanapun, spesifikasi penuh dan rekaan peranti itu masih menjadi tanda tanya.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Black Shark yang dijangka tidak lama lagi.

Sumber: GizmoChina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY