Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 2 Dibawa Masuk Secara Rasmi Untuk Peminat Tempatan

Black Shark 2 Dibawa Masuk Secara Rasmi Untuk Peminat Tempatan

Diterbitkan April 1, 2019 oleh Helmi Samsuri

Peranti generasi kedua yang memfokuskan kepada permainan mudah alih dari Xiaomi, Black Shark 2 kini sudah rasmi dilancarkan untuk pasaran tanah air.

Black Shark 2 Dibawa Masuk Secara Rasmi Untuk Peminat Tempatan

Acara yang berlangsun hari ini menghadirkan Black Shark 2 dengan spesifikasi seperti berikut;

  • Snapdragon 855
  • Skrin AMOLED 6.39 inci
  • RAM 8/12
  • Storan dalaman 128GB/256GB
  • Kamera belakang 48MP+12MP
  • Kamera swafoto 20MP
  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan dari port USB-C dengan kuasa 27W.

Selain itu, melengkapi peranti ini adalah sistem penyejukan Direct Touch Cooling System 3.0, dengan keupayaan mengawal suhu rendah CPU pada tahap 14’C.

Screenshot 2019-04-01 at 3.25.50 PM

Menambahbaik tetapan untuk permainan, mod Ludicrous disediakan dengan menggunakan sepenuh keupayaan cip.

Screenshot 2019-04-01 at 3.26.23 PM

Turut sama memeriahkan kedatangan Black Shark 2 adalah promosi dari Shopee Malaysia yang memberikan baucar RM100 ditambah dengan fon kepada Fujitsu E210BT bernilai RM399 untuk 200 pembeli terawal sahaja.

Black Shark 2 Dibawa Masuk Secara Rasmi Untuk Peminat Tempatan

Harga jualan RAM 8+128GB adalah RM2499 sementara RAM 12GB+256GB diletakkan pada nilai RM2999 serta dua warna pilihan iaitu Frozen Silver dan Black Shadow.

Peranti ini juga diiringi aksesori lain yang sedia dibeli dengan harga…

  • Fon telinga Type C Black Shark RM59
  • Black Shark 2 Side-Out Proctective Case RM39
  • Black Shark Gamepad 2.0 (kiri) RM129
  • Black Shark Gamepad 2.0 (kanan) RM139

Aksesori lain yang dibeli secara pra-tempah pula…

  • Black Shark Right Angle USB Type-C Data Cable RM29
  • Black Shark Cooling Case RM269
  • Black Shark Gamepad 2.0 Stand RM49
  • Black Shark Type-C to HDMI Cable RM99.

Pra-tempah peranti sudah bermula hari ini, 1 April dan akan berakhir pada 5 April 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY