Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
why isn’t my phone charging

Bermula Tahun Hadapan Powerbank Mesti Mendapat Pengesahan Daripada Sirim Dan KPDNKK

Diterbitkan Julai 2, 2017 · Dikemas kini Julai 4, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berikutan beberapa kes kecederaan dan letupan melibatkan power bank, kerajaan Malaysia telah bercadang untuk mewajibkan penjualan alat elektronik itu mendapatkan pensijilan daripada Sirim.

Bermula Tahun Hadapan Powerbank Mesti Mendapat Pengesahan Daripada Sirim Dan KPDNKK
gambar hiasan

Langkah yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)  ini menerima maklum balas baik daripada semua pihak.

Menurut menteri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pengeluar serta pengedar power bank perlu mendapatkan kelulusan daripada Sirim dan juga SKMM sebelum mereka dibenar untuk memasarkan alat itu ke dalam pasaran tempatan.

Beliau turut menambah, pengguna akan dapat membezakan power bank yang mendapatkan pengesahan melalui logo yang tertera dengan Sirim.

Pengasas dan juga presiden EcoKnights, Yasmin Rasyid turut berharap pengguna dapat membeli produk yang terjamin kualitinya.

Hal ini kerana beliau menyedari bahawa pengguna tidak membaca label produk dengan teliti disebabkan pengguna lebih berminat kepada powerbank yang berharga murah.

” Jadi, jangan beli produk yang murah tetapi pastikan ia adalah yang paling selamat,” ujar Yasmin.

Sumber: The Star Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY