Bermula September Ini Pelan Streamyx Berkelajuan 8Mbps Hanya Berharga RM69/bulan

Untuk pelanggan kediaman baru pula, pelan Streamyx itu akan berharga RM89/bulan.


Telekom Malaysia (TM) hari ini mengumumkan pelan harga yang lebih murah untuk pelanggan kediaman yang telah sedia melanggan pelan Streamyx 8Mbps mereka.

Jika ketika ini, pakej Streamyx dengan kelajuan 8Mbps adalah berharga RM160 sebulan, tetapi bemula dari September nanti, pakej tersebut hanya akan berharga RM69 sahaja pelanggan kediaman Streamyx yang sedia ada

Manakala, bagi pelanggan kediaman yang baru pula, mereka akan menikmati pakej Steamyx 8Mbps pada harga RM89.

Sebelum ini, pihak TM telah menerima banyak rungutan tentang rasa tidak puas hati dikalangan pengguna Streamyx yang berasaskan dawai tembaga kerana mereka berasa diabaikan kerana tidak dapat menaik taraf ke pelan UniFi yang disebabkan oleh kekangan infrastruktur di kawasan kediaman mereka.

Berikutan itu, pihak TM mengumumkan bahawa mereka akan mengatasi kekangan yang dihadapi oleh rangkaian tembaga menerusi penggunaan pelbagai teknologi lain seperti fiber, tanpa wayar dan GigaWire. Penambahbaikan ini telah pun bermula dari hari ini dan akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2021 nanti.