Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
connectme now

CONNECTme NOW Hubungkan Barisan Hadapan Bertugas Di Pos Pemeriksaan Sempadan Malaysia

Diterbitkan Mei 19, 2023 oleh ariff bukhari

Anggota barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di pos pemeriksaan sempadan terpencil terpilih yang terletak di seluruh Malaysia kini menerima perkhidmatan jalur lebar satelit CONNECTme NOW secara percuma di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) MEASAT Global Berhad (“MEASAT”).

Ketua Pegawai Operasi, MEASAT, Yau Chyong Lim berkata, MEASAT mengiktiraf dedikasi anggota tentera dan berbesar hati menyokong pasukan Angkatan Tentera Malaysia dalam menjaga keselamatan sempadan negara.

Beliau berharap dengan melalui platform CONNECTme NOW berkelajuan tinggi ini,  ia akan dapat memudahkan anggota tentera yang bertugas di sempadan untuk terus berhubung dengan keluarga mereka yang jauh.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Pertahanan Malaysia berkata, pihak ATM mengalu-alukan sumbangan MEASAT ini yang penting untuk kesejahteraan anggota tentera sepanjang mereka ditempatkan di pos sempadan terpencil.

CONNECTme NOW ialah perkhidmatan WiFi Hotspot jalur lebar satelit prabayar terkemuka di Malaysia oleh MEASAT.

Ia menyediakan perkhidmatan jalur lebar satelit berfokuskan komuniti untuk merealisasikan aspirasi jalur lebar negara.

Hari ini, CONNECTme NOW telah menyediakan 400,000 sambungan jalur lebar dalam komuniti tidak bersambung yang tinggal di luar kawasan liputan 4G atau daratan di seluruh negara.

Keupayaan MEASAT untuk menyampaikan Jalur Lebar Satelit Berkelajuan Tinggi di seluruh negara menjadikannya rakan kongsi strategik untuk menyokong aspirasi Kerajaan Malaysia untuk mencapai 100% liputan internet di kawasan berpenduduk menjelang 2025.

Berkaitan

  • Tambah Nilai TNG eWallet Serendah RM1, Ini Caranya
  • GTA 6 Dilapor Akan Hadir Seawal Tahun 2024 Depan
  • Pembaharuan Pasport Dalam Talian Sepenuhnya Di 3 Pejabat Imigresen Mulai Jun

Sumber: MEASAT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY