Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kampus Di Cyberjaya Kini Jadi Ibu Pejabat Baharu TM

3 Perkhidmatan Prabayar TM Ini Akan Tamatkan Mulai 15 April 2024

Diterbitkan Mac 8, 2024 oleh ariff bukhari

TM memaklumkan, mereka akan menamatkan perkhidmatan Prabayar TM, iTalk, TM Home Prepaid (TMHP) & Prepaid Access Line (PAL) mulai 15 April 2024 akan datang.

Jika anda pengguna perkhidmatan itu,, tambah nilai dan pengaktifan kad baharu tidak lagi tersedia bermula 15 Januari 2024 lalu.

Ekoran penamatan perkhidmatan prabayar itu, TM menawarkan penyelesaian alternatif untuk anda seperti pengguna iTalk ditawarkan beralih kepada Unifi Mobile pascabayar / prabayar dengan peranti percuma.

3 Perkhidmatan Prabayar TM Ini Akan Tamatkan Mulai 15 April 2024
iTalk ialah kredit prabayar dalam bentuk kad dan soft PIN. iTalk boleh digunakan untuk membuat panggilan domestik dan antarabangsa.

Pengguna TMHP pula ditawar naik taraf ke Unifi, Wireless Home Phone (WHP) atau Voice Over Fibre (VOF).

TM juga memberitahu, pengguna mesti menggunakan baki kredit yang ada dalam tempoh 90 hari dari tarikh pengisian kredit terakhir anda.

Ini kerana, baki kredit yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan.

Untuk info lanjut tentang penamatan perkhidmatan prabayar TM ini, layari laman soalan lazim tentang perkara ini.

Berkaitan

  • Unifi Perkenal Pelan Prabayar UNI5G WOW Baharu, Data 'Tanpa Had' Serendah RM35
  • Maxis Perkenal Pelan 5G Home WiFi Baharu Laju Seperti 'Fibre', Harga Bermula RM69
  • CelcomDigi Tawar Pas Sahur 444GB Dan Moreh 5G Tanpa Had Berharga RM7

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY