Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTMB Melancarkan KITS, Aplikasi Tiket Baharu Bagi ETS, KTM Intercity Dan KTM Komuter Utara

KTMB Melancarkan KITS, Aplikasi Tiket Baharu Bagi ETS, KTM Intercity Dan KTM Komuter Utara

Diterbitkan Oktober 19, 2020 oleh ariff bukhari

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melancarkan aplikasi baharu bagi ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter Utara. Aplikasi yang dinamakan sebagai KTMB Integrated Ticketing System atau singkatannya KITS adalah sistem tiket baharu yang diperbaharui daripada versi terdahulunya.

Kini dengan KITS, pengguna bukan sahaja boleh membeli tiket keretapi laju ETS (Electric Train Service), tetapi juga pengguna kini boleh membeli tiket KTM Antarabandar (Intercity) dan KTM Komuter Utara.

Jadi, sekiranya anda kerap menggunakan perkhidmatan KTM, anda bolehlah memuat turun dan memasang aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar iOS menerusi App Store atau Play Store dan AppGalllery untuk telefon pintar Android.

WhatsApp Image 2020-10-19 at 20.43.03
Antaramuka baharu aplikasi KITS yang lebih mesra pengguna.

Untuk menggunakan KITS, anda perlu mendaftar terlebih dahulu (termasuklah warga emas) melalui aplikasi KITS dengan menggunakan akaun e-mel yang ada (jika belum ada akaun KTMB sebelum ini).

Akaun KTMB itu akan memudahkan akan membuat urusan tempahan dan jual beli tiket secara atas talian di mana KTMB kini turut memperkenalkan ciri e-dompet KTM Wallet.

WhatsApp Image 2020-10-19 at 20.48.51
Info kedudukan kerusi dalam gerabak juga kini lebih baik.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang aplikasi KITS ini, anda bolehlah layari laman rasmi FAQ KITS KTMB.

Atau hubungi pihak KTMB di talian 03 – 2267 1200 untuk pertanyaan lanjut.

KTMB Melancarkan KITS, Aplikasi Tiket Baharu Bagi ETS, KTM Intercity Dan KTM Komuter Utara
Anggota berpakaian seragam termasuklah anggota PDRM, ahli Bomba, Angkatan Tentera Malaysia dan bekas tentera layak menikmati diskaun tambang sebanyak 25% bagi tiket ETS dan KTM Intercity.

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY