Berlaku Kebocoran Data Pada Firma Keselamatan Palo Alto Networks

Berpunca dari kecuaian vendor pihak ketiga firma tersebut.


Salah sebuah firma keselamatan siber terbesar dunia, Palo Alto Networks dilaporkan telah berlakunya insiden kebocoran data peribadi ke atas 7 pekerja mereka.

Insiden itu didakwa berpunca daripada oleh salah sebuah vendor pihak ketiga firma tersebut.

Insiden itu didakwa berlaku pada Februari lalu dan hanya baru didedahkan oleh laman Business Insider hasil maklumat yang diperolehi menerusi seorang bekas pekerja firma keselamatan itu baru-baru ini.

Berikutan pendedahan tersebut, Palo Alto Networks telah mengesahkan tentang insiden ini dengan menyatakan berlakunya kebocoran data 7 pekerja mereka yang disebabkan oleh tindakan vendor mereka yang secara tidak sengaja mendedahkan data peribadi perkerja terbabit di laman sesawang yang sedang dibangunkan.

"On February 2, we were made aware that information related to seven current and former employees was inadvertently posted by a third-party vendor on an external development community website." Jurucakap Palo Alto Networks.

Susulan insiden itu, perkhidmatan vendor tersebut telah ditamatkan oleh Palo Alto Networks dengan serta merta.

Palo Alto Networks merupakan sebuah syarikat keselamatan siber terkenal di dunia yang menyediakan perkhidmatan keselamatan siber di lebih 150 buah negara meliputi 60 ribu buah organisasi dengan nilai pasaran sebanyak USD22 bilion.