Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE

Berkemungkinan Besar Dua Peranti Baharu Apple Dilancar Minggu Depan

Diterbitkan Mac 3, 2022 oleh Amsyar Latif

Apple kini sudah mengesahkan acara pertama mereka untuk tahun ini pada minggu hadapan, iaitu 9 Mac jam 2 pagi waktu tempatan.

Menjelang acara tersebut, rata-rata berpendapat Apple bakal memperkenalkan dua peranti terbaharu menerusi iPhone SE 2022 dan juga iPad Air Gen-5.

Nampaknya, berkemungkinan besar perkara tersebut benar kerana mengikut laporan terbaharu, terdapat satu syarikat rangkaian mudah alih terbesar Asia ‘mengesahkan’ perkara ini.

Katanya, Apple sudah bersiap sedia untuk melancarkan iPhone SE baharu dan iPad Air generasi kelima.

Berkemungkinan Besar Dua Peranti Baharu Apple Dilancar Minggu Depan

Hal ini kerana mereka telah menerima placeholder untuk imej produk agar syarikat mereka dapat menyiapkan paparan produk di laman sesawangnya nanti.

Bahkan, menerusi laporan Bloomberg juga pernah mengesahkan kehadiran dua peranti tersebut. Ditambah lagi metadata yang menyebut iPad Air generasi kelima serta iPhone SE.

Berkemungkinan Besar Dua Peranti Baharu Apple Dilancar Minggu Depan

Buat masa sekarang, tidak banyak perkara yang diketahui berkaitan iPad Air Gen-5. Sementara iPhone SE ‘generasi ketiga’ ini pula dikhabarkan model iPhone 5G yang paling mampu milik dari Apple.

Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan pengumumannya minggu hadapan.

Sumber: 91mobiles

Baca juga:

  • Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan ‘Flat Earth’

  • Mahu Pastikan Bukan Robot, Zuckerberg ‘Wajib’ Buat Ujian CAPTCHA Tapi Guna Kertas

  • Saham Samsung Jatuh Tergolek, MediaTek Masih Pegang Pasaran Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY