Seorang penggiat audiosiar dan YouTube, Lex Fridman beberapa hari lalu berkesempatan menemu ramah tokoh teknologi dan pemilik Meta (dahulunya Facebook) iaitu Mark Zuckerberg. Berkecimpung dalam bidang kecerdasan buatan, Lex juga ialah bekas pekerja Google dan pensyarah di MIT.
Dalam wawancara berdurasi 2 jam itu, antara topik yang dibincangkan ialah Metaverse, isu keselamatan dan privasi pengguna, penapisan kandungan, kedudukan media sosial dalam masyarakat dan juga siri dokumentari The Social Dilemma yang diterbitkan di Netflix serta pelbagai lagi.
Menariknya, Lex Fridman pertama sekali meminta Zuckerberg untuk menjalani ujian CAPTCHA bagi mengesahkan bahawa bukan robot, sepertimana pengguna internet hadapi hampir setiap hari.
Berbanding menggunakan sistem CAPTCHA sebenar secara digital, Lex melakukannya dengan kertas dan meminta Mark menanda lampu isyarat dalam gambar menggunakan pen.
“Awak betul-betul lakukannya. Ini sebuah persembahan yang menakjubkan,” ujar Lex meneliti jawapan Mark sebelum meneruskan wawancara tersebut dengan serius.
Dalam temu ramah berjudul Mark Zuckerberg: Meta, Facebook, Instagram, and the Metaverse itu, antara soalan awal Lex menyentuh tentang Metaverse dan identiti di platform masa depan tersebut.
Menjawab tentang saranannya kepada anak muda yang masih tercari-cari arah, beliau menekankan aspek pergaulan iaitu individu yang mereka dekati.
Wawancara ini agak menarik dan mungkin juga penting untuk kita fahami peranan media sosial dari kaca mata pengasas Facebook dan masa depan ketamadunan manusia dalam era cip mengalami evolusi kemajuan beratus kali ganda berbanding minda manusia, seperti diterangkan dalam Social Dilemma.
Terdapat juga komen yang mengatakan wawancara ini seolah-oleh dijalankan oleh dua robot kerana reaksi kedua-dua mereka dalam sesi tersebut.
Baca juga: