Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung exynos saham jatuh

Saham Samsung Jatuh Tergolek, MediaTek Masih Pegang Pasaran Global

Diterbitkan Mac 3, 2022 oleh Faiz Munir

Saham Samsung jatuh lagi untuk suku ke-4 2021 untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dan global. Ini disebabkan Samsung lebih menumpukan penggunaan cip dari MediaTek dan Qualcomm untuk barisan peranti mereka.

Jika melihat pada graf dari Counterpoint, saham samsung telah menurun dari 7% pada suku ke-4 2020 kepada 4% sahaja pada suku ke-4 2021. Jika dibandingkan, MediaTek memegang 33% dan nilai ini masih lagi tinggi daripada Qualcomm iaitu 30%.

Saham Samsung Jatuh Tergolek, MediaTek Masih Pegang Pasaran Global

Walau bagaimanapun, Saham Qualcomm telah meningkat sebanyak 7% jika dibandingkan dengan 23% pada suku ke-4 2020.

Apple juga tinggi dengan 21% walaupun kita tahu bahawa Apple hanya menggunakan cip mereka sendiri untuk produk iPhone dan iPad mereka. Manakala HiSilicon dari HUAWEI juga berkurang kepada 1% disebabkan sekatan AS kepada syarikat tersebut.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Samsung telah meningkatkan penggunaan cip dari MediaTek lebih-lebih lagi pada peranti kelas pertengahan mereka.

Ditambah pula dengan masalah kepanasan dan isu prestasi pada cip Exynos, ia telah menambahkan lagi jurang untuk pasaran cip tersebut.

Bemula tahun 2021, Samsung mula menyelesaikan isu yang terdapat sebelum ini pada Exynos 2100. Tidak cukup dengan itu, Samsung juga menjadi yang pertama menggunakan teknologi RDNA-2 GPU dari AMD pada Exynos 2200. Namun ia masih lagi tidak mampu untuk mengalahkan Snapdragon 8 Gen 1.

Sumber: Sammobile

Baca juga:

  • Rasmi Apple Akan Adakan Acara Pelancaran Minggu Hadapan, Kemungkinan Lancarkan 2 Peranti
  • Sebab Model 4G Tak Dapat Sambutan, Redmi Akan Lancar 2 Model 5G Esok
  • Tiada Siapa Tertinggal, Lepas Ini WhatsApp Mudahkan ‘Join’ Panggilan Berkumpulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY