Pada 2 Mac 2022, pihak Apple Inc. telah mengumumkan Apple’s March Event yang akan berlangsung pada 8 Mac hari selasa depan dengan tajuk ‘Peek Performance’. Ciapan daripada Senior Vice President Worldwide Marketing Apple, Greg Joswiak telah mengesahkan akan acara tersebut dan para pembaca boleh mengikuti tayangan acara tersebut melalui tayangan di laman sesawang Apple sendiri atau pun di YouTube.
Apakah yang kita boleh jangkakan dari acara tersebut?
Berdasarkan desas-desus, kita mungkin dapat melihat model terbaru bagi siri iPhone SE (Special Edition) yakni iPhone SE 3 dalam acara tersebut. Model baharu ini dikhabarkan mempunyai binaan dan rekaan yang sama dengan model sebelum ini, tetapi dilengkapi dengan cip pemprosesan pantas (berkemungkinan cip A15 Bionic), kamera baru dan sokongan 5G.
Berdasarkan julat harga siri iPhone SE sebelum ini, kita boleh menjangkakan harga pasaran akan berada sekitar ~RM2000. Sebagai peranti bajet, storan dalaman iPhone SE kali ini akan mempunyai pilihan variasi antara 64GB hingga 124 GB.
Selain itu, khabar angin komuniti antarabangsa kuat mengatakan bahawa kita akan dapat melihat iPad Air generasi ke-5 yang terbaru dalam acara itu. Kali terakhir peranti itu dilancarkan adalah pada tahun 2020 yakni iPad Air generasi ke-4, jadi acara tersebut ada kebarangkalian yang tinggi untuk kita melihat pengumuman tentang siri iPad Air yang baru.
Sumber: TechRadar dan GSMArena
Baca juga:
- Apple Dijangka Bersedia Tawar iPad Dengan Panel OLED
- Apple Akan Perkenal Macbook Pro Mampu Milik Guna Cip M2 Tahun Ini
- Apple Dilapor Sedia Lancar iPhone 5G Bajet Pada Mac Depan