CelcomDigi kini telah menaik taraf pas bulanan tanpa had paling murah mereka, Prepaid 5G 25 Edisi Biru. Dengan peningkatan ini, pengguna Prepaid 5G 25 Edisi Biru boleh menikmati kelajuan internet 5G/4G tanpa had yang lebih baik, iaitu sehingga 3Mbps berbanding hanya 1Mbps sebelum ini. Langganan bulanan pas ini masih ditawarkan pada harga RM25 dan turut…
Kategori: Berita
Switch 2 Hadir Ke Pasaran Asia Tenggara Lebih Awal, Tapi Nintendo ‘Skip’ Malaysia
Nintendo Switch 2 yang dilancarkan secara rasmi awal April lalu bakal memasuki pasaran Asia Tenggara lebih awal daripada jangkaan. Menurut kemas kini rasmi dari halaman Facebook Nintendo Southeast Asia, konsol generasi baharu itu akan mula dijual di Singapura, Thailand dan Filipina bermula 26 Jun 2025. Ini sedikit mengejutkan kerana terdahulu, berdasarkan maklumat di laman web…
Status WhatsApp Kini Ada Ciri Baharu
WhatsApp secara rasmi kini mengumumkan beberapa ciri baharu dan penambahbaikan bagi ciri sedia ada, khusus untuk bahagian Status. Antara penambahan paling menarik ialah ciri susun atur baharu, yang membolehkan pengguna menggabungkan hingga enam foto dalam satu kolaj – seperti di Instagram. Selain itu, WhatsApp turut memperkenalkan integrasi yang lebih baik dengan Muzik. Pengguna kini boleh…
‘Swipe Atau Tap’? Google Sedang Uji Fungsi Jawab Panggilan Yang Lebih Mudah
Google sedang memperkenalkan perubahan besar pada cara pengguna menjawab panggilan masuk menerusi aplikasi Phone mereka. Jika sebelum ini pengguna perlu meleret ke atas untuk menjawab, versi baharu aplikasi ini bakal menawarkan pilihan yang lebih mesra pengguna dan boleh disesuaikan. Antara muka lama yang memerlukan pengguna meleret ke atas akan digantikan dengan dua pilihan baharu yang…
Pinda Peraturan CO2, NGO EU Bimbang Jualan Kenderaan ICE Meningkat Semula
Badan-badan NGO yang memperjuangkan alam sekitar Kesatuan Eropah (EU) mengkritik tindakan Majlis Kesatuan Eropah selepas meluluskan pindaan terhadap peraturan pelepasan karbon dioksida (CO2) untuk kereta baharu. Tujuan pindaan itu adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada pengeluar kereta dalam mencapai sasaran pelepasan CO2 yang telah ditetapkan. Sebelum ini, pengeluar kereta perlu memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan…
Mantan Mufti WP Perkenal Dua Pegawai Syariah AI
Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini memperkenalkan dua pembantu kecerdasan buatan (AI) dinamakan AIDr. Munir dan AIDr. Munirah, yang berperanan sebagai Pegawai Pintar Syariah (PPS) di Maktabah Al-Bakri. Kedua-dua model AI ini dibangunkan hasil kerjasama ChatGPT Plus dan Hedra Studio, yang merupakan pembangun persona tersuai dengan sentuhan tempatan dan patuh syariah. Menurut Dr….
