Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Charge

Pinda Peraturan CO2, NGO EU Bimbang Jualan Kenderaan ICE Meningkat Semula

Diterbitkan Mei 29, 2025 ยท Dikemas kini Mei 29, 2025 oleh ariff bukhari

Badan-badan NGO yang memperjuangkan alam sekitar Kesatuan Eropah (EU) mengkritik tindakan Majlis Kesatuan Eropah selepas meluluskan pindaan terhadap peraturan pelepasan karbon dioksida (CO2) untuk kereta baharu.

Tujuan pindaan itu adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada pengeluar kereta dalam mencapai sasaran pelepasan CO2 yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, pengeluar kereta perlu memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan CO2 melebihi had tertentu setiap tahun, bermula pada tahun 2025.

Tetapi dengan pindaan baharu ini, penilaian akan dibuat berdasarkan purata selama tiga tahun, iaitu dari 2025 hingga 2027.

Ini bermakna jika sesebuah syarikat tidak mencapai sasaran pada tempoh 1 tahun, mereka masih ada peluang untuk menebusnya dalam tahun berikutnya, asalkan purata tiga tahun mereka mematuhi had CO2 yang ditetapkan.

Langkah ini diperkenalkan selepas EU berbincang mengenai masa depan industri automotif, dan ia dilihat sebagai cara untuk membantu syarikat kereta menyesuaikan diri dengan peraturan sambil meneruskan peralihan kepada teknologi yang lebih hijau seperti kereta elektrik.

Namun, langkah ini mendapat kritikan daripada badan-badan NGO alam sekitar di sana.

Mereka berpendapat bahawa syarikat kereta sebenarnya mampu mencapai sasaran pelepasan CO2 yang ketat tanpa kelonggaran ini, kerana jualan kereta elektrik semakin meningkat.

Mereka menegaskan, kelonggaran ini, boleh mengakibatkan sasaran CO2 untuk tahun 2025 dilampaui sekali lagi.

Jualan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) berkuasa petrol atau diesel akan meningkat semula sekali gus meningkatkan kembali pencemaran CO2.

Pindaan itu telah pun diluluskan oleh Parlimen EU dan kini secara rasmi disahkan oleh Majlis EU. Ia akan berkuat kuasa 20 hari selepas diterbitkan secara rasmi.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI
  • Selamat Tinggal Bahan Pendingin: Teknologi Penyejukan Baharu Samsung Mungkin Ubah Masa Depan Peti Ais

Sumber: electrive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
  • Presiden Microsoft Gesa Peraturan Global AI - Dakwa Mesin Basuh Tertakluk Kepada Lebih Banyak Peraturan Keselamatan
  • Aplikasi Pintar Dipacu AI Ini Mudahkan Petani Kenal Pasti Penyakit Tanaman, Serangan Perosak
  • Meta Perkenal Muse Wonder Dan Muse Wonder Full - Model AI Baharu Untuk Saingi Anthropic, OpenAI
  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
©2026 WISER.MY