Tatkala gergasi pengeluar telefon pintar dan pesaing-pesaingnya memperkenalkan peranti dengan kebolehan boleh lipat, kita masih lagi belum mendengar sebarang penawaran sedemikian dari OnePlus. Pada satu perjumpaan dengan pelajar di European Institute of Design di Milan, CEO syarikat, Pete Lau menyatakan mereka masih belum bersedia menawarkan peranti boleh lipat untuk pasaran dalam masa terdekat. Lau berpandangan,…
Kategori: Berita
Kearah “Kedah Digital” Dalam Masa 5 Tahun Akan Datang, Rancang Pelawa Facebook Dan Google Buka Cawangan Di Kulim Hi-Tech Park
Bergerak kehadapan dalam era moden ini, negeri di utara tanah air, Kedah, tidak mahu ketinggalan dalam merancakkan sektor teknologi dalam negara dan menjadi sebagai sebuah negeri digital. Memetik laporan daripada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Mohd Firdaus Ahmad menyatakan sebuah pelan tindakan “Kedah Digital” sedang dirangka dan kini…
Perisian Hasad Peranti Android Kini Mula Menjangkiti iPhone
Perisian hasad Exodus mencuri makumat privasi dan pelbagai maklumat sulit lain dari peranti iPhone. Penyelidik dari firma keselamatan peranti pintar Lookout baru-baru ini telah mendedahkan perisian hasad (malware) yang dahulunya hanya menyerang pengguna peranti Android kini telah turut mula menyerang pengguna iPhone. Cuma cara ia menyerang pengguna iPhone adalah berbeza daripada pengguna Android. Jika diperanti…
Penggodam Dedah Maklumat Peribadi Ribuan Pegawai Penguatkuasa Di Amerika Syarikat
Penggodam adalah seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang perkomputeran. Namun, mereka seringkali menyalahguna kemahiran yang dimiliki. Itulah yang berlaku apabila sekumpulan penggodam telah berjaya memperolehi data dan maklumat peribadi berkaitan ribuan penguatkuasa serta ejen kerajaan Amerika Syarikat, baru-baru ini. Mereka kemudiannya mendedahkannya dengan menempatkan fail-fail yang mengandungi maklumat ini di laman…
Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Atasi Incredibles 2 Sebagai Animasi Dengan Hasil Kutipan Tertinggi
Upin & Ipin adalah merupakan “pasangan kembar” paling terkenal di negara ini. Telatah dan gelagat mereka menjadi kegemaran ramai bukan sahaja kanak-kanak, malah golongan dewasa juga tidak terkecuali. Mungkin faktor berkenaan membantu filem terbaru mereka, Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal untuk muncul sebagai animasi dengan hasil kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia. Menurut akaun…
Fungsi Permesejan Facebook Mungkin Bakal Disatukan Semula Dengan Aplikasi Utama Selepas Ini
Sama seperti WhatsApp dan Telegram, Facebook(FB) Messenger menjadi medium permesejan yang sering digunapakai di seluruh dunia hari ini. Namun, antara kekurangan yang ada pada FB Messenger ini ialah ia memerlukan pengguna untuk memasang aplikasi berasingan dengan aplikasi utama FB di peranti mudah alih mereka. Ia akan menjadi masalah sekiranya peranti yang dimiliki oleh pengguna mempunyai…
