AMD Ryzen 50.5%, Intel 49.5%. Berdasarkan kepada laporan Danawa Research, jumlah unit cip pemprosesan yang ditawarkan AMD Ryzen telah melebihi jumlah unit cip pemprosesan Intel Core, hanya beberapa hari sahaja selepas cip Ryzen 3000 terbaru dipasarkan. Menurut data dari salah sebuah syarikat peruncit terbesar di Korea Selatan itu, sejak cip terbaru AMD tersebut menjengah pasaran…
Kategori: Berita
Wajah Bapa Sains Komputer Menghiasi Not £50 British
Beliau juga hero perang dunia kedua. Bank of England telah mengumumkan mereka akan menjadikan wajah bapa sains komputer, Alan Turing sebagai penghias kepada not £50 British terbaru. Alan Turing merupakan seorang pakar matematik yang juga individu terawal yang menyediakan platfom kepada sains komputer moden dan kecerdasan buatan (AI). Beliau juga diangkat sebagai salah seorang hero…
Sekolah Di Jerman Dilarang Guna Microsoft Office 365
Pada minggu lalu, sekolah yang terletak di Hesse, Jerman telah dilarang dari menggunakan perkhidmatan awan Microsoft Office 365 berikutan kebimbangan terhadap isu privasi. Walaupun menyatakan secara terang larangan penggunaan Office 365, perkhidmatan awan lain milik Google dan Apple juga dikatakan tidak memenuhi peraturan privasi yang ditetapkan untuk sekolah di negara terbabit. Difahamkan, isu ini timbul…
Vivo S1 Telah Mendapat Pengiktirafan SIRIM
Vivo S1 telah mendapat pengiktirafan dari SIRIM baru-baru ini, dan ia menandakan bahawa peranti berkenaan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi. SIRIM Berhad, yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Piawaian dan Industri (SIRIM), adalah sebuah organisasi korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Ia telah diamanahkan oleh…
ASUS ROG Phone 2 Bakal Jadi Peranti Terawal Menggunakan Snapdragon 855 Plus
Menyusuli pengumuman Snapdragon 855 Plus, ASUS turut sama menghadirkan berita baik untuk peminat yang menanti ASUS ROG Phone 2. Model generasi kedua tersebut telah dinyatakan bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru dari Qualcomm itu. Diberikan beberapa tambah baik seperti peningkatan CPU dari 2.84GHz kepada 2.96GHz bagi teras “Prime”, bahagian grafik melalui Adreno 640 juga menjanjikan…
Snapdragon 855 Plus Diperkenalkan, Fokus Kepada Permainan Dengan GPU 15% Lebih Pantas
Snapdragon 855 sudahpun memasuki usia tujuh bulan selepas diperkenalkan secara rasmi pada Disember 2018, Qualcomm telah mengumumkan cip pemprosesan terbaru, Snapdragon 855 Plus. Ia masih sebuah cip pemprosesan 7nm dan mempunyai 8 teras, tetapi penambahbaikan yang diberi pada ahli baru adalah dari segi kepantasan CPU dimana teras “Prime” ditingkatkan kepada 2.96GHz berbanding versi sebelumnya pada…
