Walaupun pandemik Covid-19 merencatkan penganjuran Piala Malaysia, tetapi debarannya tetap terasa. Menambahkan lagi kehangatan perebutan piala berprestij itu, Unifi dan Radio & Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan kolaborasi bersama untuk membawa saingan siaran Piala malaysia terus ke rumah anda. Menerusi kolaborasi itu, Unifi dan RTM akan membawakan kesemua 15 siaran perlawanan bola sepak itu secara langsung…
Kategori: Berita
Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO – Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan
Sebelum era telefon pintar dengan rekaan petak seperti bar coklat, pengeluar lebih kreatif dalam menghasilkan rekaan tersendiri. Sony Ericsson VAIO adalah salah satu daripadanya. Ia adalah telefon pintar yang sepatutnya dilancarkan sekitar tahun 2010-2011. Namun begitu, telefon ini tidak pernah dijual secara rasmi atas sebab-sebab tertentu. Pihak XDA kini telah berjaya mendapatkan gambar eksklusif telefon…
Dijangkiti Perisian Hasad Joker, Buang Segera 17 Aplikasi Android Ini Dari Peranti Anda
Perisian hasad (malware) di Play Store bukanlah perkara baharu dan Google dilaporkan terus membuang aplikasi yang meragukan. Terbaru, Google telah membuang 17 aplikasi yang telah dijangkiti perisian hasad Joker atau dikenali juga sebagai Bread. Perisian hasad ini bertujuan untuk mencuri data pengguna seperti sistem pesanan ringkas (SMS), senarai kenalan serta maklumat peranti. Ia secara senyap…
Apple Umum Acara Khas Pada 10 November Ini – Dijangka Perkenal MacBook Dengan Apple Silicon
Apple kini mengumumkan acara khas “One More Thing” yang juga merupakan acara ketiga tahun ini. Ia dijadualkan akan berlangsung pada 10 November 2020 bertempat di Apple Park, California. Umum mengetahui pada September dan Oktober lalu, Apple telah memperkenalkan Apple Watch, iPhone dan pelbagai produk lain. Apple juga telah pun mengumumkan iPad Air generasi keempat, iPad…
Promosi 11.11 MSI Sudah Bermula, Beli Monitor Percuma Kerusi Permainan
Memasuki bulan November antara yang dinanti-nanti sebahagian besar daripada kita adalah promosi jualan 11.11, yang menawarkan pelbagai barangan pada harga diskaun. Salah satu jenama yang tidak mahu ketinggalan dalam penawaran tersebut adalah MSI dengan 11.11 Single’s Day. Melalui promosi itu, MSI akan menyediakan bundle terpilih secara percuma dengan nilai sehingga RM1499. Promosi ini akan sudah…
AirAsia Lancar airasia Health – Platform Digital Yang Menawarkan Perkhidmatan Perubatan
AirAsia.com telah melancarkan airasia Health iaitu platform digital pertama di ASEAN yang menawarkan perkhidmatan perubatan secara menyeluruh. Sebagai permulaan, airasia Health menawarkan ujian saringan COVID-19 RT PCR pada platformnya bermula harga RM260, yang disediakan oleh rakan perubatan iaitu Lifecare Medical Centre dan Pusat Perubatan Sunway. Ia turut menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk nasihat perubatan, tempahan rawatan…
