LG OLED Menjadi Rakan TV Rasmi Untuk Xbox Series X

LG Electronics (LG) hari ini rasmi menjadi rakan tv untuk Xbox Series X bagi tujuan pemasaran eksklusif serta memberi pengalaman permainan dari konsol generasi kini bersama-sama TV LG.

Perjanjian baharu di antara LG dan Microsoft ini merangkumi pasaran Eropah, Afrika, Timur Tengah dan rantau Asia Pasifik. Kini, pelanggan dapat merasakan sendiri untuk menikmati pengalaman bermain pada model TV OLED LG 2020.

Hadir dengan ciri-ciri kadar tindak balas 1ms dengan input lag yang rendah serta menyokong HDMI termasuk kadar penyegaran boleh ubah (VRR), mod Auto Low Latency dan saluran audio yang dipertingkatkan (eARC).



Permainan kini bukan sahaja mengeluarkan bunyi dan visual yang menarik tetapi juga lebih responsif.

TV OLED LG juga menyediakan sokongan permainan di semua port HDMI mereka dimana kebanyakan TV dari jenama lain hanya menawarkan sokongan ini pada satu atau dua sahaja HDMI.

Oleh itu, dengan penawaran ini, TV OLED daripada LG mempunyai kelebihan dan sesuai untuk digunakan sama ada pada konsol mahupun PC.