Cukai Untuk Membangunkan Aplikasi Apple App Store Dikurangkan Kepada 15% Untuk Pembangun Kecil

Terkini, Apple telah mengumumkan App Store Small Business Program.

Dengan program ini Apple akan mengenakan cukai sebanyak 15% kepada pembangun kecil yang membangunkan aplikasi di App Store.

Cukai ini adalah lebih rendah berbanding biasa iaitu 30%. Namun, bayaran ini hanya dikenakan untuk pembangun yang menjana kurang dari $1 juta melalui aplikasi mereka.

Untuk pembangun yang menjana lebih dari jumlah tersebut, cukai sebanyak 30% akan tetap dikenakan.

Secara tidak langsung, ia membantu sebilangan pembangun kecil menjana lebih pendapatan dan juga memfokuskan kepada kualiti aplikasi yang dibangunkan.

Apple akan mula mengenakan program cukai baharu ini bermula 1 Januari 2021.

Sumber: Apple