Acer Swift 3X Dengan Grafik Iris XE MAX Kini Tiba Buat Pasaran Tempatan, Harga Bermula RM3799

Mula diperkenalkan semasa acara Acer Global Press Conference bulan lalu, Acer Swift 3X dengan grafik Iris XE MAX kini tiba buat pasaran tempatan dengan harga bermula RM3,799.



Komputer riba 14 inci ini hadir dengan paparan Full HD IPS bersama storan 512GB PCIe NVMe SSD. Dijanakan cip pemproses Intel Core i5 Gen-11 dengan RAM 8GB LPDDR4X dan ditawarkan pada RM3799.

Sementara model dengan cip Intel Core i7 Gen-11 bersama RAM sebesar 16GB pula dijual pada harga RM4599.



Pada masa yang sama, Aspire 5 turut hadir di Malaysia. Ia didatangkan skrin 14 inci atau 15.6 inci dengan paparan Full HD IPS.

Ia dilengkapi storan dalam 512GB PCIe NVMe SSD serta ditawarkan storan HDD bersama-sama 4GB RAM dan juga boleh naik taraf untuk 16GB RAM.

Harga jualan bagi Aspire 5 adalah bermula RM2799 dan kedua-dua komputer riba ini sudah tersedia di kesemua kedai rasmi Acer dan pengedar yang sah.