realme baru sahaja memperkenalkan Power Bank baharu mereka iaitu realme 20000mAh dan jualan secara luar talian telah pun bermula minggu lalu. Kini, bagi yang ingin membelinya dan tidak mahu keluar dari rumah, anda boleh berbuat demikian kerana jualan dalam talian bagi realme 18W Power Bank ini akan bermula 27 Januari 2021 di Shopee dan Lazada….
Kategori: Berita
realme “Race” Dengan Cip Snapdragon 888 Akan Dilancarkan Selepas Tahun Baru Cina
Tahun lalu, realme telah mengumumkan peranti dengan nama kod “Race” akan dilancarkan bersama janaan cip pemproses Snapdragon 888. Terkini, Timbalan Presiden realme, Xu Qi Chase menerusi Weibo mengesahkan realme “Race” akan dilancarkan selepas Tahun Baru Cina, iaitu seawal Februari atau Mac 2021. Bagaimanapun, tiada tarikh spesifik bagi pelancaran peranti yang didedahkan buat masa ini. Seperti…
Permainan Mudah Alih “Island King” Dilancarkan Di Malaysia – Permainan Untuk Seisi Keluarga
Dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan, nampaknya setiap keluarga di Malaysia akan terus kekal di rumah bersama. Kemungkinan ia juga akan menimbulkan tekanan disebabkan PKP ini akan tetapi tidak perlu risau kerana permainan mudah alih “Island King” baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Permainan dengan animasi comel ini sesuai untuk dimainkan seisi keluarga kerana…
Pra-Tempah Komputer Riba MSI Dengan Kad Grafik Siri RTX 30 Kini Dibuka – Harga Bermula RM5129
MSI hari ini telah mengumumkan pra-tempahan bagi komputer riba gaming mereka dengan kad grafik siri RTX 30 kini sudah dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari. Terdapat lima komputer riba gaming yang boleh di pra-tempah daripada yang mampu milik sehinggalah yang paling berkuasa, iaitu: MSI GS66 Stealth (RTX 3080) MSI GS66 Stealth (RTX 3070) MSI…
Samsung Bakal Lancar Cip Exynos Dengan Grafik Dari AMD Seawal Suku Kedua 2021
Pada tahun ini, kita mungkin dapat menyaksikan cip pemproses Exynos dengan grafik dari AMD. Menurut laporan terkini, gergasi teknologi Korea Selatan itu didakwa bakal melancarkan cip pemproses Exynos dengan GPU AMD seawal suku kedua atau ketiga 2021. We will see Samsung release Samsung × AMD GPUs in the second or third quarter of 2021, which…
Rangkaian 5G Dijangka Meliputi 53% Seluruh Dunia Menjelang Tahun 2025
Menurut laporan analisis yang dilakukan Bankr, sebanyak 4.1 bilion penduduk di dunia akan menerima akses rangkaian 5G dalam masa empat tahun. Ini bermakna, 53% penduduk dunia akan menerima rangkaian generasi baharu ini dimana ia menyaksikan peningkatan sebanyak 254% pada tahun 2025. Tambah Bankr, sebanyak 15% daripada penduduk dunia sudah pun menggunakan 5G pada tahun lalu….
