Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Populariti Meningkat Naik, Pengguna Android Diminta Untuk Tidak Tersalah Muat Turun Aplikasi Clubhouse Ini

Populariti Meningkat Naik, Pengguna Android Diminta Untuk Tidak Tersalah Muat Turun Aplikasi Clubhouse Ini

Diterbitkan Februari 22, 2021 oleh Amalina Athman

Clubhouse merupakan aplikasi media sosial terbaru yang memfokuskan kepada komunikasi berasaskan suara atau audio. Sejak dilancarkan pada Disember tahun lalu, populariti aplikasi itu telah meningkat naik dengan jumlah muat turun yang mencecah 8.1 juta di App Store.

Sehingga kini, Clubhouse juga menjadi aplikasi percuma paling popular di App Store Malaysia. Akan tetapi, buat masa ini penyertaan hanya terhad kepada mereka yang menerima jemputan daripada pengguna sedia ada sahaja.

clubhouse popula

Bagi Play Store pula, aplikasi Clubhouse belum lagi tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna Android. Bagaimanapun, mungkin ada yang belum tahu mengenainya.

Memandangkan terdapat aplikasi lain dengan nama yang sama di Play Store, ramai pengguna Android telah tersalah muat turun aplikasi tersebut. Juga dinamakan sebagai Clubhouse, ia sebenarnya adalah aplikasi pengurusan projekĀ untuk pasukan perisian.

Clubhouse Play Store

Bukan mengambil kesempatan atas populariti Clubhouse di App Store, aplikasi ini telah pun dilancarkan pada tahun 2016. Malah, syarikat itu turut membuat ciapan di Twitter untuk menerangkan kepada pengguna perbezaan kedua-dua aplikasi ini.

~@Clubhouse (project management tool) caught up in so much mixups that they created an account pretty much for telling people they are not the social chat app https://t.co/JGGShsi7wD

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) February 19, 2021

Dengan itu, pengguna Android diminta untuk tidak tersalah memuat turun aplikasi Clubhouse di Play Store memandangkan ianya belum lagi tersedia pada peranti Android.

Bagaimanapun, anda boleh sahaja memuat turun aplikasi Clubhouse di Play Store jika ingin menggunakannya untuk tujuan pengurusan projek bagi kumpulan perisian.

Sumber: HT Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY