Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Skor DxOMark Bagi Telefon Pertama Guna Kamera Bawah Skrin

Ini Skor DxOMark Bagi Telefon Pertama Guna Kamera Bawah Skrin

Diterbitkan Februari 20, 2021 ยท Dikemas kini Februari 20, 2021 oleh Helmi Samsuri

Teknologi skrin bawah paparan sedia dipelopor beberapa pengeluar telefon pintar terkemuka. Namun pada September yang lalu, ZTE mencelah dengan pelancaran rasmi ZTE Axon 20 5G.

Ini Skor DxOMark Bagi Telefon Pertama Guna Kamera Bawah Skrin

Menggunakan kamera hadapan 32MP, masalah tidak cukup cahaya untuk diterima sensor diselesaikan dengan cara meletakkan saduran lutsinar khas pada bahagian kamera tersebut.

Selain mengubah susunan piksel pada kawasan kamera untuk mengelakkan perbezaan warna skrin utama dan skrin kamera, ZTE turut melengkapkan sensor cahaya khas bagi menapis dan mengawal cahaya yang diterima.

Namun begitu, seperti yang sudah dijangka hasil kamera dibawah paparan ini tidak begitu baik. Menurut DxOMark, ujian swafoto yang dijalankan pada peranti ini hanya memperoleh skor 26 sahaja.

Screenshot 2021-02-20 at 1.20.33 PM
ZTE Axon 20 5G diapit dua model keluaran 2017

Ia merupakan skor kedua terendah dalam carta platform berkenaan. Dikatakan bahawa, imej dari kamera hadapan itu mempunyai banyak hingar, tona kulit tidak semula jadi, julat dinamik yang rendah serta mempunyai isu pada warna.

Masalah lebih kurang sama juga terjadi pada fungsi rakaman hadapan ditambah lagi dengan video yang tidak stabil. ZTE mungkin mengejutkan ramai dengan menjadi pengeluar pertama yang melancarkan teknologi ini secara rasmi, tetapi kualiti imej yang terhasil tidak pula mengejutkan kita.

Terdahulu, OPPO pernah mengingatkan bahawa imej dari kamera bawah paparan tidak setanding dengan kamera hadapan biasa. Ia masih baru dan banyak yang perlu ditambah baik.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY