Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis TV launch (BM)_CMYK wide

Nikmati Kandungan Hiburan Dengan Maxis TV Serba Baru

Diterbitkan Februari 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Tidak dapat dinafikan bahawa kandungan hiburan digital semakin diminati ramai yang mana pengguna lebih suka untuk strim drama berbanding menunggu sesuatu episod disiarkan di kaca televisyen.

Kini, peminat drama-drama Asia boleh menikmati kandungan hiburan tersebut dengan Maxis TV yang serba baru.

Maxis TV launch (BM)_CMYK

Dalam Maxis TV ini, pengguna boleh menyaksikan beberapa drama dari penyedia kandungan seperti iQiyi, Viu, Dimsum Entertainment, MUBI dan WeTV iflix.

Di sini, penawaran langganan lebih fleksibel iaitu pengguna boleh melanggan secara harian, mingguan atau bulanan serendah RM3 sehari.

Tambahan lagi, pengguna Maxis dan Hotlink turut menerima data percuma berdasarkan langganan yang dilakukan.

BM Maxis TV passes
Pas VOD Maxis TV

Selain itu, kandungan VOD juga boleh dilanggan secara tunggal, dua atau kesemua sekali mengikut cita rasa masing-masing.

Maxis TV ini ditawarkan untuk kesemua termasuk bukan pelanggan Maxis. Akan tetapi, bagi bukan pelanggan Maxis, bayaran dikenakan ke kad kredit.

Sementara bagi pelanggan Hotlink atau Maxis, caj akan dikenakan pada bil bulanan atau kredit Hotlink.

Sekiranya berminat untuk membeli pas VOD atau ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman Maxis.

Sumber: Siaran Akhbar Maxis

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY