Ketika mengunjungi taman tema, roller coaster sering menjadi perhatian pengunjung. Namun, tahukah anda bahawa di Jepun mempunyai salah satu roller coaster terpantas di dunia. Roller Coaster itu yang digelar Do-Donpa dan terletak di taman tema Fuji-Q Highland kini diarahkan untuk menutup operasi. Ini disebabkan terdapat empat pengunjung yang mengalami patah tulang selepas menaikinya sepanjang Disember 2020 hingga Ogos 2021….
Kategori: Berita
Macam Apple, Xiaomi Papar Amaran Terhadap Penggunaan Bateri Pihak Ketiga
Menurut Xda Developers, Xiaomi telah melepaskan kemas kini sekuriti versi 5.6.0 menerusi aplikasi Mi Security. Aplikasi tersebut yang sebelum ini menawarkan penjagaan bateri, tetapan pengecasan dan lain-lain. Kini ia memaparkan amaran penggunaan bateri dari pihak ketiga. Mesej amaran itu juga menyatakan bateri harus ditukar ganti melalui kedai servis yang sah sahaja. Selain itu, ia turut akan…
Kandungan ‘Game’ Netflix Kini Mula Diuji Untuk Pengguna Android
Khabar berita akan penawaran kandungan permainan (game) dalam Netflix bermula beberapa bulan yang lalu. Kini, mereka secara rasminya mengumumkan dua permainan Stranger Things. Melaluinya, dua permainan tersebut adalah Stranger Things: 1984 dan Stranger Things 3. Akan tetapi ia khusus buat pengguna Android dan terhad di negara Poland terlebih dahulu. Untuk memainkannya, pengguna boleh klik pada judul…
Hanya Dengan Mata Kasar Anda Boleh Melihat Planet Musytari Dengan Jelas Hingga Hujung Tahun Ini
Sekiranya cuaca mengizinkan di lokasi anda, anda berpeluang cerah untuk melihat planet Musytari hanya dengan menggunakan mata kasar selain daripada menggunakan binokular dan teleskop dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan. Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Musytari akan kelihatan di langit malam sepanjang bulan Ogos hingga Disember 2021. Musytari berada di buruj Aquarius…
TM Raih Anugerah Penyedia Perkhidmatan Infrastruktur Digital Paling Inovatif Di Global Business Outlook Awards 2021
Telekom Malaysia Bhd (TM) melalui cabangnya, Telekom Research and Development Sdn Bhd (TM R&D) telah berjaya meraih anugerah Penyedia Perkhidmatan Infrastruktur Digital Paling Inovatif di Malaysia di Global Business Outlook Awards 2021. Kejayaan itu diraih menerusi pembangunan platform analitik pintar yang dikenali sebagai “CAMELIA” CAMELIA dapat memberikan situasi prestasi rangkaian, diagnostik dan pengenalpastian sebarang kerosakan, serta…
“OPPO Hub” Dibangunkan Di 29 Digi Store Di Seluruh Malaysia
Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memaklumkan mereka telah berkolaborasi dengan OPPO Malaysia untuk membangunkan “OPPO Hub” di 29 Digi Store di seluruh Malaysia. Ia sebagai komitmen Digi dan OPPO untuk memperkayakan pengalaman pembeli daripada kedua-dua jenama tersebut. OPPO Hub menjadi pusat sehenti kepada pelanggan untuk mencuba pelbagai pilihan telefon pintar OPPO yang terkini dan…
