Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Panggilan Telefon Dan SMS Dari KKM Bagi Pemantauan Adalah Benar

Panggilan Telefon Dan SMS Dari KKM Bagi Pemantauan Adalah Benar

Diterbitkan September 25, 2021 ยท Dikemas kini September 25, 2021 oleh ariff bukhari

Menjawab persoalan orang ramai tentang panggilan telefon bernombor 03-2703 3000 dan melalui SMS, Kemeneterian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa panggilan telefon dan SMS itu adalah benar daripada pihak mereka.

KKM menyatakan, pihak mereka menghubungi pesakit COVID-19 melalui panggilan telefon dan SMS untuk mengingatkan pesakit supaya mengisi Penilaian Kendiri (HAT) dalam MySejahtera bagi pemantauan CAC Maya.

Panggilan Telefon Dan SMS Dari KKM Bagi Pemantauan Adalah Benar

Oleh itu, kepada mereka yang dihubungi oleh nombor tersebut perlulah segera respon terhadap panggilan dan mesej tersebut.

Berkenaan dengan status terkini program vaksinasi COVID-19, KKM memaklumkan setakat 23 September 2021, populasi keseluruhan penduduk Malaysia yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 adalah pada tahap 58.7%.

Populasi keseluruhan yang sudah menerima satu dos vaksin COVID-19 pula adalah pada tahap 68.8%.

Berkaitan pemberian dos ketiga Vaksin COVID-19 pula, KKM menyatakan bahawa keutamaan pemberian dos ketiga tersebut akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

Suntikan dos ketiga dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, di mana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan COVID-19.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY