Sudah masuk minggu ketiga dalam Januari 2022 dan rangkaian 5G di Malaysia masih terhad bukan saja dari segi kawasan tapi juga ketersediaan daripada pihak telekomunikasi sendiri. TM dan YES antara syarikat yang telah bersetuju untuk menjalankan ujian 5G bersama DNB. Terdahulu, TM mengatakan mereka akan mula menawarkan ujian rangkaian 5G pada umum bermula Febuari depan….
Kategori: Berita
Ini Cara Membatalkan Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19
Seperti semua sedia maklum, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mula memberikan dos penggalak kepada penerima-penerima vaksin COVID-19 di seluruh negara. Orang ramai tidak perlu untuk berdaftar bagi mendapatkan dos penggalak tersebut. Sebaliknya anda akan dimaklumkan menerusi Aplikasi MySejahtera untuk tarikh janji temu. Anda juga boleh menghubungi fasiliti kesihatan untuk mendapatkan tarikh janji…
iPad Pro 2022 Mungkin Sokong Ciri MagSafe dan Gunakan Cip M2
Kita menjangkakan bahawa iPad Pro akan dilancarkan pada tahun ini. Setakat hari ini sahaja, telah banyak ura-ura berkenaan rekaan, fungsi dan ciri yang bakal digunakan pada iPad Pro ini. Mengikut laporan terbaharu, tablet iniĀ akan menggunakan kaca untuk rekaan panel belakangnya. Logo Apple juga akan lebih besar dan mempunyai saiz yang sama dengan MacBook Pro…
Netflix Naikkan Harga Untuk Semua Pelan
Netflix sekali lagi telah naikkan harga bagi perkhidmatan tersebut. Namun langkah ini dilihat sebagai tidak masuk akal kerana Netflix antara syarikat yang mempunyai banyak pengguna. Lebih-lebih lagi sekarang ini semakin banyak syarikat yang mampu menawarkan harga yang lebih murah dengan pelan yang lebih menarik. Kenaikan harga ini melibatkan pelan Asas, Standard dan Premium. Untuk pelan…
Ini Langkah Untuk “Force Restart” Bila iPhone “Hang”
Mana-mana peranti tidak kisah sama ada Android atau iOS pastinya akan mengalami masalah “hang” atau “screen freeze” sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayatnya. Ini bukanlah masalah besar kerana tiada ciptaan yang sempurna, tambah pula teknologi ciptaan manusia. Jika iPhone anda “hang”, mengalami “screen freeze” atau tidak memberi respons untuk jangka masa panjang seperti sehingga beberapa minit dan…
Pembangun PUBG Mahu Saman Garena, Apple Dan Google Sebab Free Fire
Pembangun permainan popular PUBG, Krafton kini dilaporkan sedang dalam proses untuk menyaman syarikat yang berasal dari Singapura – Garena. Semua ini adalah berpunca daripada permainan Free Fire. Bukan itu sahaja, Krafton juga ingin menyaman Apple dan Google kerana “berpakat” dalam mengedarkan permainan tersebut di gedung mereka menerusi App Store dan Play Store. Krafton mengambil serius…
