Kementerian Kewangan Malaysia menerusi pekeliling terbaru menyatakan kesemua perkhidmatan badan Kerajaan kini menyokong pembayaran menggunakan e-Dompet.
Melaluinya, ia memudahkan orang ramai untuk melakukan pembayaran memandangkan penggunaan e-Dompet pada masa sekarang sudah menjadi satu kebiasaaan.
Selain itu, transaksi boleh dibuat melalui portal atau di kaunter Kementerian/Jabatan yang meliputi pembayaran dalam aplikasi (in-apps), kod QR dan lain-lain.
Caj perkhidmatan bagi terimaan hasil ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan kecuali Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Manakala caj perkhidmatan untuk terimaan bukan hasil seperti bayaran balik pinjaman perlu ditanggung oleh pembayar.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Baca juga: