realme Malaysia hari ini mengesahkan bahawa peranti kelas andalan premium mereka iaitu realme GT 2 Pro akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada Khamis ini, 24 Mac 2022, jam 2 petang. Berdasarkan spesifikasi pasaran Eropah, realme GT 2 Pro dikuasakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 dengan RAM bermula 8GB RAM, dan storan serendah 256GB. Untuk paparan,…
Kategori: Berita
Tune Talk Antara Yang Mendapat Anugerah Asian Telecom Awards 2022
Bagi menghargai usaha syarikat telekomunikasi dalam memberi perkhidmatan kepada pengguna, Asian Telecom Awards 2022 telah menerima calon daripada seluruh benua Asia. Antara kategori dipertandingkan ialah Carrier Awards, Customer Initiative Awards, Technology Initiative Awards, Operations Excellence Awards dan Executive Awards. Dengan itu, mereka telah mengumumkan syarikat-syarikat yang berjaya merangkul anugerah berkenaan. Untuk Malaysia, Allo Technology, anak…
Cara Masukkan Rekod Vaksinasi MySejahtera Ke Apple Health
Dalam iOS 15.4 yang telah diedarkan pada iPhone dan iPad sejak pagi semalam, pengguna Malaysia kini sudah boleh menambah sejarah vaksinasi MySejahtera mereka ke dalam Apple Health. Bagaimanapun, anda perlu menambah satu persatu untuk setiap dos diambil. Bermakna, jika anda telah mengambil 3 dos, anda perlu mengulang beberapa langkah sebanyak 3 kali. Ini langkah menambah…
Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima Kemas Kini Android Sehingga 5 Tahun
Pada awal Februari lalu, Samsung Electronics Co., Ltd. telah pun mengumumkan bahawa peranti-peranti mereka akan menerima sokongan kemas kini Android sehingga 5 tahun. Ia sekaligus menjadikan syarikat telefon pintar Korea Selatan itu sebagai yang pertama menawarkan kemas kini Android untuk tempoh paling lama setakat ini. Kemas kini itu meliputi 4 generasi naik taraf One UI dan…
Pengguna Android 12 Bakal Terima Ciri Main ‘Game’ Sambil Ia Dimuat Turun
Google telah mengumumkan satu ciri baru yang bakal dinikmati oleh pengguna android yang dinamakan Play as you download. Ciri ini boleh digunakan oleh semua pengguna Android 12. Ia memerlukan pengguna yang memuat turun permainan video di Play Store dan klik button ‘Play’ supaya dapat bermain permainan video tersebut ketika proses muat turun sedang dijalankan. Pengguna…
Kerajaan Jerman Melarang Penggunaan Perisian Antivirus Kaspersky
Kerajaan Jerman menerusi Jabatan Keselamatan Maklumatnya (BSI) telah mengeluarkan amaran terhadap syarikat-syarikat supaya mengelakkan daripada menggunakan perisian antivirus Kaspersky. Ia berikutan ancaman yang dibuat Russia terhadap Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Jerman. Ia juga berikutan syarikat perisian antivirus yang berpangkalan di Moscow Russia itu dipercayai menawarkan perkhidmatan keselamatan kepada infrastruktur teknologi…
