Peranti Boleh Lipat vivo Akan Dilancar 11 April, Guna Snapdragon 8 Gen 1

Tahun 2022 dijangka akan memperlihatkan lebih banyak peranti boleh lipat diperkenal. Bukan sahaja daripada pengeluar yang telah mengeluarkan model sebelum ini  tetapi yang dinanti pastinya syarikat yang akan membawakan telefon boleh lipat sulung mereka.

vivo secara rasmi akan melancarkan telefon pertama boleh lipatnya pada 11 April 2022, Jumaat ini di China. Untuk paparan utama, ia menggunakan panel E5 daripada Samsung, bersaiz 8 inci, LTPO 3.0, dengan kadar segar 120Hz beresolusi 2K.

Bagi paparan luaran pula, ia bersaiz 6.53 inci dengan resolusi FHD+, juga dengan 120Hz. Selain itu, telefon ini juga dilengkapkan pengimbas cap jari ultrasonik 3D pada kedua-dua paparan.

Dari segi dalaman, ia dijana Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Baterinya pula sebesar 4,600mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W dan 50W tanpa wayar.

Keluar dari kotak, ia menjalankan sistem operasi Android 12. Sistem penyejukan padanya juga dikatakan menggunakan teknologi nano-sensitive thermal dengan keluasan yang tinggi.

Vivo X Fold Core Parameters

Dalam acara 11 April kelak, dijangka model lain dalam siri X Note juga akan diperkenalkan vivo.

Menariknya, untuk elemen boleh lipat, vivo X Fold turut ditampilkan dengan engsel gred angkasa, aloi zirkonium, struktur engsel kecil ultra-small teardrop, enam bahan gred angkasa dan pengiktirafan Rheinland Folding Worry-Free.

Tambah lagi, ia dilengkapi empat kamera di belakang iaitu 50MP (Samsung GN5), 48MP (114 darjah),, 12MP lensa potret dan 5MP periskop 60x. Ia hadir dengan label Zeiss dan salutan T*.

Vivo X Fold

Paparan pada model sulung boleh lipat daripada vivo ini dianugerahkan gred A+ oleh DisplayMate selain engselnya diiktiraf oleh TUV Rheinland tahan untuk 300,000 kali lipatan.

Bagaimanapun, tidak dipastikan apakah ia turut akan dipasarkan untuk pasaran global.

Sumber: Sparrow News, GSMArena

Baca juga: