WABetaInfo melaporkan WhatsApp telah mula melancarkan ciri baharu untuk pengguna versi beta di platform Android. Ia tersedia bermula versi Beta 2.22.8.11 yang dilancarkan awal April ini. Ciri tersebut membenarkan pengguna menekan pada nombor telefon yang dikongsi dalam chat dan langsung menghantar mesej tanpa perlu menyimpannya dalam kenalan (Contact). Misalnya, rakan anda menghantar nombor telefon seorang…
Kategori: Berita
NASA Kesan Komet Terbesar Dalam Sejarah, Hampiri Bumi 10 Tahun Lagi
Sebuah komet dengan nama C/2014 UN271 atau juga dipanggil Komet Bernardinelli-Bernstein sedang bergerak ke sini pada kelajuan 35,399 km/j dari pinggir sistem suria kita. Ia adalah komet terbesar yang pernah ditemui melalui Teleskop Angkasa Hubble selepas 20 tahun. Pemegang rekod terbesar sebelum ini ialah C/2002 VQ94 dengan nukleus sebesar 97km, dikesan pada 2002. Komet Bernardinelli-Bernstein…
Presiden Putin Mahu Rusia Naik Ke Bulan Semula Tahun Ini
Rusia dilaporkan merancang untuk kembali menakluk Bulan dalam tahun ini juga. Rancangan itu dibuat selepas Presiden Putin berkata mereka akan membina kapal angkasa generasi baru dengan teknologi nuklear. Putin menegaskan usaha ke arah itu akan diteruskan walaupun mendapat halangan daripada anasir luar iaitu merujuk kepada sekatan yang dikenakan ke atas Rusia ekoran serangan ketenteraan ke…
UiTM Perkasakan Agenda Pendidikan Bersama TikTok
Baru-baru ini niversiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TikTok Pte Ltd (TikTok) bagi meneroka platform media sosial yang tersedia itu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan terkini. MoU itu bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama strategik dan memperkasa penggunaan aplikasi TikTok yang merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dan platform video pendek…
Kemas Kini Windows 11 Terbaru Didakwa Punca Aplikasi Pelayar Tergantung
Microsoft telah pun menawarkan kemas kini terbaru kepada pengguna Windows 11 iaitu KB5012592. Walaubagaimanapun, pengguna mula merungut dengan isu yang dtimbulkan oleh kemas kini tersebut. Sebahagian pengguna mendakwa selepas komputer mereka dikemas kini, pelayar-pelayar yang mereka gunakan memaparkan mesej error 0xc0000022. “The application was unable to start correctly (0xc0000022). Click OK to close the application”….
Tesla Kalah Dengan Kereta Konsep Elektrik Mercedes-Benz
Semakin hari semakin banyak kereta elektrik yang kita lihat di pasaran. Termasuk Mercedes-Benz, yang baru-baru ini telah menguji sebuah kereta konsep elektrik terbaharunya yang dipandu sejauh 1,008 kilometer. Apa yang menarik di sini, kereta tersebut dipandu dengan hanya sekali pengecasan bateri sahaja. Syarikat Mercedes-Benz berkata kereta yang dinamakan Vision EQXX ini berhasil bergerak melebihi dua…
