Bitcoin Didakwa Tidak Cekap, Tiada Masa Depan Sebagai Rangkaian Pembayaran

Pengasas pertukaran mata wang kripto FTX mendakwa Bitcoin tidak mempunyai masa depan sebagai rangkaian pembayaran kerana ketidakcekapan dan kos alam sekitar yang tinggi.

Mata wang kripto terbesar di dunia, Bitcoin dicipta melalui proses yang dipanggil "proof of work" yang memerlukan komputer untuk "melombong" mata wang dengan menyelesaikan teka-teki yang kompleks.

Untuk menjana kuasa komputer ini sahaja memerlukan jumlah elektrik yang besar.

Alternatif kepada sistem tersebut, yang dipanggil "proof of stake", membolehkan ahli membeli token yang membolehkan mereka menyertai rangkaian.

Lebih banyak token yang mereka miliki, lebih banyak mereka boleh melombong.

Pengasas dan Ketua Eksekutif TX, Sam Bankman-Fried, berkata bahawa rangkaian "proof of stake" akan diperlukan untuk mengembangkan kripto sebagai rangkaian pembayaran kerana ia lebih murah dan kurang penjanaan kuasa.

Blockchain Ethereum, yang menempatkan Ether, mata wang kripto kedua terbesar, juga sedang berusaha untuk berpindah ke rangkaian jimat tenaga ini.

Bankman-Fried juga berkata dia percaya Bitcoin masih boleh kekal sebagai mata wang kripto, dan ia mungkin masih mempunyai masa depan sebagai aset, komoditi dan simpanan nilai seperti emas.

Sumber: Reuters

Baca juga:

Berkaitan