Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus ace racing edition

OnePlus Ace Racing Edition Dilancar, Harga Bermula Sekitar RM1,300

Diterbitkan Mei 18, 2022 · Dikemas kini Mei 18, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

OnePlus di China semalam melancarkan sebuah telefon baharu iaitu OnePlus Ace Racing Edition.

Cip Dimensity 8100-Max binaan 5nm menjadi enjin telefon ini selain diberi jantung bateri sebesar 5000mAh dan paparan LCD bersaiz 6.59 inci.

Tiga mata di belakangnya disertai lensa 64MP, sudut lebar 8MP (119°) dan sebuah makro. Sebuah kamera 16MP diletakkan di panel hadapan untuk fungsi swafoto.

OnePlus Ace Racing Edition Dilancar, Harga Bermula Sekitar RM1,300

Dalam pada bateri yang besar, pengecasan pantasnya pula setinggi 67W.

Peranti yang dikatakan telefon ‘gaming’ spesifikasi pertengahan ini hadir dengan kadar segar 120Hz dan 240Hz input sentuh.

OnePlus Ace Racing Edition Dilancar, Harga Bermula Sekitar RM1,300

Ia barangkali hanya terhad untuk pasaran China pada harga bermula CNY2,000 (~RM1,300) untuk varian 8GB+128GB dan CNY2,500 (~RM1,630) untuk varian 12GB+256GB iaitu spesifikasi tertinggi.

Tidak didatangkan dengan ‘alert slider’ tapi ia hadir bersama port audio 3.5mm selain menyokong sambungan Bluetooth aptX HD, LDAC, LHDC.

Model ini merupakan model bawahan bagi siri Ace yang telah dilancarkan terdahulu.

Baca juga:

  • OnePlus Dilapor Sedang Bangunkan Peranti Boleh Lipat Kompak
  • Revolusi Atau Tunggang Legasi? Nothing Dibuai ‘Hype’ OnePlus
  • WhatsApp Sudah Bangunkan Ciri Keluar ‘Group’ Tanpa Pengetahuan Ahli Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY