Di dalam aplikasi WhatsApp, apabila anda sedang menaip mesej sebelum mesej dihantar kepada rakan atau ke grup WhatsApp, akan dipaparkan perkataan “typing…” di bahagian atas menandakan seseorang sedang menaip yang boleh dilihat oleh ahli grup atau individu yang akan menerima mesej tersebut. WhatsApp menyatakan, tidak ada cara untuk menukar individu yang boleh melihat ketika anda sedang…
Kategori: Berita
Gambar ZTE Axon 40 Memperlihatkan Kamera Bawah Skrin Yang Lebih Baik
ZTE adalah yang pertama melancarkan telefon pintar komersial dengan kamera bawah skrin. Risikonya pada waktu itu tinggi dan percubaan pertama mereka gagal. Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat ZTE untuk membawa teknologi canggih buat orang ramai. Tahun lepas, ZTE Axon 30 berjaya membuktikan usaha ZTE, dan kini akan hadir pengganti barunya, Axon 40. Terbaru, gambar Axon…
Poco Watch Turut Dilancar, Didagangkan Pada RM249 Untuk Masa Terhad
Dalam acara pelancaran Poco F4 GT semalam, antara peranti lain yang dilancarkan ialah jam Poco Watch. yang berharga RM299. Hadir dengan rekaan berwajah petak bersaiz 1.6-inci skrin AMOLED dengan 301 PPI, baterinya berkapasiti 225mAh pula boleh bertahan sehingga 14 hari sekali cas. Seperti penjejak kesihatan atau jam tangan pintar lain, ia juga turut menyokong sukatan…
Industri Teknologi Jatuh, Syarikat Induk Google Jatuh Lebih $1 Bilion
Saham syarikat induk Google, Alphabet jatuh semalam selepas syarikat itu tidak mencapai jangkaan pendapatan suku pertama. Alphabet melaporkan pendapatan bersih $16.4 bilion (~RM71 bilion), atau $24.62 (~RM106.48) per saham. Tahun lepas, Alphabet mencatat pendapatan tahunan sebanyak $257 bilion (~RM1.1 trilion) – kali pertama mencecah lebih $200 bilion selama setahun. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pendapatan…
Siri Galaxy S22 Dan Poco F4 GT Sudah Boleh Guna Rangkaian 5G Malaysia
Pengguna Samsung Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra di Malaysia kini sudah boleh menikmati rangkaian 5G. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu mengemas kini perisian telefon anda melalui Tetapan atau Setting. Ia hadir dalam tampalan keselamatan (security patch) 1 Mei 2022. Terdahulu, siri Galaxy S21 juga telah menerima sokongan perkhidmatan 5G. Selain itu, Poco F4 GT…
Acer Umumkan Komputer Riba Aspire Vero Edisi Terhad National Geographic, Berharga RM4,299.00
Acer telah mengumumkan model terbaru komputer riba mereka iaitu Aspire Vero. Istimewanya model terbaru komputer riba ini adalah kolaborasi Acer bersama National Geographic yang ditawarkan dalam unit terhad. Dikenali sebagai Aspire Vero National Geographic Edition, komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan berkuasa dari Intel Core i7, RAM DDR4 16GB dan storan pantas PCIe NVMe SSD…
