Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation plus

Pelan PlayStation Plus Baharu Kini Di Malaysia, Harga Langganan Dari RM29 Sebulan

Diterbitkan Mei 24, 2022 · Dikemas kini Mei 24, 2022 oleh Nadiah Ab

Setelah diumumkan oleh Sony pada bulan Mac 2022, akhirnya pelan langganan PlayStation (PS) Plus yang baharu sudah tersedia buat pasaran Malaysia.

Termasuk negara-negara jiran yang lain, PS Plus menawarkan tiga peringkat langganan yang dipertingkatkan – PS Plus Essential, PS Plus Extra, dan PS Plus Deluxe.

Bersempena dengan berita ini, Sony melancarkan permainan Spider-Man: Miles Morales, NBA 2K22, Red Dead Redemption 2, dan Returnal untuk pelanggan Extra dan Deluxe.

playstation plus malaysia
Sumber: PlayStation.Blog

Berikut adalah harga langganan PlayStation Plus bagi setiap peringkat yang ditawarkan di Malaysia:

  • PlayStation Plus Essential: RM29/bulan, atau RM69/tiga bulan, atau RM159/tahun
  • PlayStation Plus Extra: RM44/bulan, atau RM114/tiga bulan, atau RM269/tahun
  • PlayStation Plus Deluxe: RM50/bulan, atau RM130/tiga bulan, atau RM309/tahun

Untuk maklumat lanjut tentang PlayStation Plus pasaran Malaysia, layari pautan INI.

Sumber: PlayStation.Blog

Baca juga:

  • Ini Perbezaan Setiap Pelan Langganan PlayStation Plus
  • Ikut Microsoft, Sony Pula Rancang Untuk Letak Iklan Dalam ‘Game’ PlayStation
  • Ini Harga Baharu PlayStation Plus, Lebih Banyak ‘Game’ Ditawar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY